Perkara seumpama ini sentiasa terjadi kepada kita. Kadang-kadang kunci tertinggal didalam, kunci rosak dan pelbagai lagi. Yang penting bagaimana nak membukanya. Cara paling mudah adalah dengan menggunkan kad terpakai atau kad diskaun atau yang sebentuk dengan nya. Yang penting mestilah keras dan flexible (boleh di tolak mengikut arah pintu). Tetapi aku menggunakan scrapper yang biasa digunakan untuk mengikis cat atau kekotoran di lantai.
Perlu dimasukan kecelah pintu supaya penyendal pintu dapat ditolak kedalam. Sekiranya tombol rosak , maka kena lah ganti dengan yang baru. Harga di kedai hardware lebih kurang RM15-RM35, tengok jenama dan buatan mana. Cara nak membuka tombol pula perlulah pengetahuan serba sedikit. Insya-Allah saya cuba permudahkan penggunaan ayat agar pembaca dapat menukar tombol sendiri.
Langkah Pertama
Mencari lubang kunci tombol (sebelah dalam) seperti di gambar di bawah. Gunakan screw driver kecil atau paku untuk menekan kedalam sambil memulas tombol pintu sehingga tombol tercabut.
Kemudian, keluarkan penutup yang melekat pada daun pintu dengan menggunakan screw driver atau sebagainya seperti gambar dibawah.
Seterusnya buka kedua-dua screw yang mengikat tombol dan keluarkan penutup tersebut seperti gambar di bawah.
Langkah berikut nya tarik tombol secara perlahan-lahan dari pintu seperti gambar di bawah.
Kemudian terakhir skali barulah membuka penyendal tersebut. Sekianya nak memasang pula, langkah yang di atas haruslah di reverse iaitu dengan ;
i) memasang penyendal kedalam lubang pintu.
ii)memasukan tombol luar dengan memastikan tombol tersebut memasuki join pada penyendal spt gambar di bawah;
 |
lubang untuk menyambung tombol dengan penyendal |
 |
Kedudukan join pada penyendal (gambar krg terang) |
Bentuk join adalah spt huruf T, utk menyangkut penyendal dgn tombol. Pastikan tombol pintu dapat menggerakan penyendal (menguji pemasangan betul atau salah). Sekiranya, penyendal tidak dapat digerakan, ini menunjukan pemasangan adalah salah.
Kemudian, masukan pring penutup dan ketatkan screw seperti gambar di atas.
 |
ikat screw supaya tombol luar dan dalam terikat |
Akhir sekali masuk penutup pada daun pintu dan tombol seperti gambar di bawah. Kedudukan tombol mestilah betul dengan lubang kecil berada pada lubang yang didalam.
 |
pastikan penutup ini memasuki dibahagian yang betul (dawai tersebut akan keluar melalui lubang spt dlm gambar) |
.
Insya-Allah dengan panduan ringkas, anda mampu menukar sendiri.