Saturday 29 September 2012

Terengganu Darul Iman negeri ku

tradisional.  Di sini aku sertakan beberapa keping gambar yang boleh dikongsi kepada sesiapa yang hendak melawat negeri Terengganu.

 
 suasana di Kampung Ladang, mereka sedang bermain bola di hadapan kondo

Replika batu bersurat di bulatan Ladang

Masjid putih

suasana pagi berhampiran kampung cina (China Town)

Bot penambang sedang masuk ke jeti

Pemandangan dari atas pasar

hadapan pasar kedai payang

surau di hadapan pasar kedai payang

Urutan tradisional di pasar


pelbagai batik ada di sini


Bangunan baru di jalan pasar

jalan banggol

mencari rezeki dengan membaiki kasut

Jalan bandar

.Memang indah suasana pagi di negeri ku.  Pasti pelancong tidak akan merasa kecewa bila berada disini. PAstiakn membuat tempahan hotel dahulu sebelum datang ke negeri ku ini. 

Wednesday 26 September 2012

Menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah

Beberapa hari lagi umat ISlam seluruh dunia akan berkumpul di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.  Menurut kalendar ISlam wukuf akan jatuh pada 25hb Okt 2012. Yang tidak ke Mekah, disnuat kan berpuasa pada hari tersebut.  So lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut hariraya aidil adha. Sudah pasti kepada tetamu Allah akan merasa seronok dan juga takut dengan cerita-cerita yang telah diceritakan oleh kekawan, TV, majalah berkaitan dengan ujian yang dikenakan oleh Allah kepada umatnya.   Ada juga cerita yang mengatakan tidak kelihatan kaabah, sesat dan pelbagai lagi ujian.  Oleh itu digalakkan kepada bakal haji tahun ini agar berbanyak berdoa, solat wajib & sunat semuga mendapat perlindungan daripada ujian dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna.  Di sana nanti kita akan melihat pelbagai ragam samada orang malaysia, afrika, china, mat salleh dan boleh dikatakan semua bangsa akan turun. Kemeriahan bumi Mekah dan Madinah juga ditemani kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang rendah.  Keseronokan membeli kadang-kadang membuat kita kurang tumpuan kepada ibadat. Kalau di mina, gerai-gerai jualan akan menjual pelbagai baranag sehingga barang yg tak pernah jumpa pun ada di sini.  Oleh itu janganlah terlalu sibuk dengan jualan murah yang ditawarkan oleh penjual.  Sepatutnya di sini kita kena banyak berdoa.  Dengan bilangan jemaah yang berjuta-juta disni, pihak pengurusan Mina akan mengawal jemaah yang hendak melontar di 3 jamrah supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.  Insya-Allah dengan niat yang suci ke Mekah akan dapat mendapat rahmat dengan kurniaan haji yang mabrur.  Makanan di bumi Mekah dan Madinah memang mengeliurkan terutamanya nasi mandy, kari kambing, yang tidak dapat dilupai.

Friday 21 September 2012

Tukar swicth air-cond

Sejak aku pakai kereta wira ni tak pernah servis aircond.  Kira nya model aircond ni memang berkualiti. Selepas hampir 10 tahun, baru lah ada kerosakan kecil..ni pun hanya switch saja.  Problem nya adalah kadang-kadang ada aircond...dan tiba-tiba pulak dia stop--seolah-olah macam tak de power.  Hari ni baru berkesempatan bawa berjumpa dengan Dr. AirCond kat Bakau Tinggi Kemaman, kedai Ho Ta.  Berpengalaman hampir 50 tahun dalam pembaikian aircond.   Setelah di diagnos dengan tup-tap (buka tutup), baru lah Dr confirm yang switch ada problem.  Harga switch siap dengan upah pasang adalah RM70...kira ok ah.  Aku dh cakap kat Dr aircond..kalau masih bermasalah ...then you punya diagnoss adalah salah.  Kemudian Dr aircond siap rekomen kat aku supaya buat servis pulak...Memang patutpun sebab sejak pakai sehingga hari ni memang aku tk pernah servis pun.  That's why kira aku boleh rekomen ah brand sanden memang bagus...even Dr aircond pun mmg puji.  Kiranya aircond kereta memang dikira sebagai keperluan pengguna.  Terutamanya dalam musim hujan yang kerap berlaku especially di sebelah petang.  Semasa tanpa aircond, perjalanan ke tempat kerja sebelah pagi kira ok sikit dgn cuaca yg masih dingin.  Tetapi semasa pulang, memang terasanya bahang....wow....mmg berpeluh ah..

Friday 14 September 2012

Permulaan semester sesi 12/13 dengan pendekatan OBE

Semester in dipertanggungjawab dengan 3 subjek + 1 lab.  Pelajar terdiri dari tahun 1 & 3 , Ijazah manakala 1 group diploma.  Kelas pertama dengan 1st yr boleh dikatakan hampir 99% turn up, ttp 1st day dgn tahun 3 hanya 4 pelajar shj.  Lain pula dengan tahun 3 diploma hanya seorang shj yg tak datang dari 27 orang pelajar.  Semester ni pendekatan yang akan digunakan adalah berbentuk OBE.  Pelajar tahun 1 telah diberi tugasan pada hari pertama utk mencari maklumat berhubung material engineering.  Mereka dipecah kepada kumpulan seramai 4-5 pelajar.  Tugasan pertama adalah mencari produk yang mempunyai lebih dari 3 material pada produk tersebut.  Mereka dikehendaki mengenal pasti jenis material digunakan sbg cth alumunium, mild steel.  Kemudian mereka dikehendaki memberi penerangan berhubung properties, struktur ikatan.  Akhir sekali mereka ditugaskan untuk mencadangkan material apakah yang sesuai ditukarganti dan memberi alasan.  Objektif tugasan sebegini adalah utk memberi pendedahan awal kepada pelajar berhubung kepentingan kefahaman material.  Mereka bukan sekadar mendengar syarahan sahaja ttp dikehendaki membuat pembentangan mengikut dapatan kumpulan masing-masing.   Manakala pelajar diploma telah diberi gambaran awal mengenai projek OSHA yang perlu mereka kendali. Insya-Allah pendekatan ini mampu meningkat keberkesanan pengajaran dan penerimaan ilmu.

Saturday 8 September 2012

Peluang perniagaan melalui internet

Semua orang mempunyai keinginan untuk berniaga sendiri tidak kira samada mempunyai kelayakan sehingga PhD.  Tetapi merasa takut kerana kebimbangan mengalami kerugian.  Di samping itu kita juga perlu ada modal dan tapak perniagaan.  So, bagaimana untuk mengatasi masalah ini.  Salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah melalui teknik dropshipper.  Teknik ini merupakan kerjasama diantara pembekal dan penjual.  Penghantaran, pengurusan stok dilakukan oleh pembekal.  Dropshipper(kita) hanya lah mempromosi produk-produk melalui blog peribadi, facebook, twiter dan secara offline.  Mengikut statistik promosi melalui internet boleh mencapai peningkatan sebanyak 400% berbanding dengan offline.  Bagaimana peratusan yang tinggi ini boleh dicapai?  Sebagai contoh facebook, once kita upload produk tersbut ke dalam facebook, maklumat tersebut akan tersebar kepada semua rakan-rakan kita dengan pengunaan teknik "tag photo".  Penyebaran maklumat ini akan terus berlaku apabila rakan-rakan kita pula tag kepada rakan-rakan mereka yang langsung tidak dikenali oleh kita.  Bayangkan kalau seorang boleh menyebar kepada 4 orang,  kemudian 4 orang ini pula akan menyebar kepada 4 orang lagi, begitu lah seterus nya.  Bukannya mudah melakukan perniagaan?  The matter is what product going to be chosen here.  Bagi saya pemilihan produk adalah bergantung kepada kita.  Samada produk dah ada di pasaran internet ataupun tidak, yang penting bagaimana kita mempersembahkan kepada rakan-rakan kita.  Bagaimana nak cari seller yang menawarkan dropship approach.  Kita boleh bertanya kepada seller atau melihat penawaran yang ditawar melalui website.  Pelbagai produk yg telah ditawarkan spt baju muslimah, pinggang mangkuk, hangbag, biskut dan pelbagai lagi.  Nasihat saya adalah mulakan dahulu dengan sebarang produk.  Oh ya...setengah pembekal mengenakan yuran pendaftaran kepada dropshipper dan ada juga yang langsung tidak mengenakan yuran.  OLeh itu study lah betul-betul sebelum memilih pembekal mana yang hendak dipilih.  Insya-Allah dengan pnerangan ringkas ini mampu memberi idea kepada bakal usahawan internet untuk mencuba perniagaan.