Friday 14 September 2012

Permulaan semester sesi 12/13 dengan pendekatan OBE

Semester in dipertanggungjawab dengan 3 subjek + 1 lab.  Pelajar terdiri dari tahun 1 & 3 , Ijazah manakala 1 group diploma.  Kelas pertama dengan 1st yr boleh dikatakan hampir 99% turn up, ttp 1st day dgn tahun 3 hanya 4 pelajar shj.  Lain pula dengan tahun 3 diploma hanya seorang shj yg tak datang dari 27 orang pelajar.  Semester ni pendekatan yang akan digunakan adalah berbentuk OBE.  Pelajar tahun 1 telah diberi tugasan pada hari pertama utk mencari maklumat berhubung material engineering.  Mereka dipecah kepada kumpulan seramai 4-5 pelajar.  Tugasan pertama adalah mencari produk yang mempunyai lebih dari 3 material pada produk tersebut.  Mereka dikehendaki mengenal pasti jenis material digunakan sbg cth alumunium, mild steel.  Kemudian mereka dikehendaki memberi penerangan berhubung properties, struktur ikatan.  Akhir sekali mereka ditugaskan untuk mencadangkan material apakah yang sesuai ditukarganti dan memberi alasan.  Objektif tugasan sebegini adalah utk memberi pendedahan awal kepada pelajar berhubung kepentingan kefahaman material.  Mereka bukan sekadar mendengar syarahan sahaja ttp dikehendaki membuat pembentangan mengikut dapatan kumpulan masing-masing.   Manakala pelajar diploma telah diberi gambaran awal mengenai projek OSHA yang perlu mereka kendali. Insya-Allah pendekatan ini mampu meningkat keberkesanan pengajaran dan penerimaan ilmu.

No comments:

Post a Comment