Saturday 31 March 2012

Beriadah dgn menanam pokok dan membina pagar arnab

Di hari minggu ni aku mengambil kesempatan beriadah dgn menanam pokok terung serta membina pagar utk arnab. Boleh lah lepas arnab utk bebas di dlm kawasan terbuka.  First time masuk kekawasan baru terus berlari-lari sambil mengorek tanah.  Ttp, yg tak best nya sang kucing sentiasa mengekori dan memerhati utk menangkap arnab.  Ingat boleh lah bebas mcm tu...2-3 ekor pulak mari..mencari jalan utk mencerobohi kawasan larangan.  Sambil-sambil menulis blog ni pun ada seekor kucing berwarna kuning menghampiri dgn arnab.

Aktiviti kedua memindah anak terung ke pasu bunga yang lebih besar.  Kali ni tanah bakar dicampur dengan sabut digunakan untuk tanaman terung.  Menurut tuan nursery, tanaman sayur yg menggunakan sabut cepat subur.  Harga pun tk mahal RM2 satu beg plastik.  Kira-kira boleh lah utk digunakan kepada 3 pasu.

Saturday 24 March 2012

Tanah di Titian Berayun, Kijal, Kemaman utk dijual

Salam semua

Sebidang lot tanah dekat Titian Berayun, Kijal untuk dijual.  Amat sesuai kepada sesiapa yang hendak mendiri rumah secepat mungkin.  Tanah tk perlu ditambun.  Di kelilingi beberapa rumah banglo. Tempat memang sangat strategik , lbh kurang 5km ke TATIUC, Ruane dan TSTC.  Kalau ke Giant, Kijal lbh kurang 6km je.  Kelebihan boleh menikmati lemang kijal yg sangat tersohor di Kemaman serta akan dapat merasai durian Kijal(isi tembaga). Keluasan tanah 664m2.


 No lot tanah PT 6999
Simpang 4 Kijal (jalan lama). Dari sini lbh kurang 1km ke tanah tersebut.  Selepas jambatan pendek terus masuk kiri hingga sampai kt rumah banglo berwarna kuning.

 Kelihatan rumah banglo yang telah ada di sebelah tanah yg hendak dijual
 Tanah di atas adalah tanah yg hendak dijual

laluan masuk ke tanah tersebut



5 km ke TATI

Friday 16 March 2012

Kedai makan

Percambahan kedai-kedai makan begitu cepat berlaku di mana-mana. Kebiasaan perniagaan warung-warung sebegini terikut-ikut dengan kemajuaan sesebuah warung...Kalau warung tersebut maju..maka tidak beberapa lama akan muncul lagi warung-warung lain terutamanya laluan utama.  Persaingan diantara satu sama lain amat mengalakan.  Cuma persoalan di sini adalah kualiti masakan.  Boleh di katakan hampir 80% keatas setiap tukang masak suka menggunakan MSG (perasa) utnuk menyedapkan makanan.  Keaslian makanan telah dipengaruhi oleh bahan perasa, bukan nya dari perencah-perencah.  Sepatutnya tukang masak kena pandai membalance bahan perasa dengan perencah asli seperti lada, kuncit, halia, tomato dll.  Barulah pelangan menikmati masakan.  Kenapa berkalu sebegini?   Sekiranya terdapat warung-warung makan yang tidak bergantung sgt kepada bahan perasa...aku percaya warung ini akan mendapat sambutan.  Nasihat aku kepada warung-warung supaya jangan sangat mengutamakan keuntungan saja tanpa melihat kepada kenakan masakan.  Begitu juga dengan air sperti teh, milo, kopi .  Kebanyakan warung-warung tidak mempunyai kemahiran buat air ....kalau air teh rasa susu melebihi rasa teh.  Nasihat aku kepda pembuat air supaya belajar membuat air dengan melihat sukatan-sukatan yang perlu dicampur.  Menurut pengalaman aku satu tin susu boleh digunakan untuk 18-20 gelas air. Kalau kurang maksudnya pembuat air telah menguna lebih sukatan susu.  Nanti pada blog akan datang..aku akan cuba syorkan beberapa warung atau restoran yang boleh dikunjungi. 

Saturday 10 March 2012

Suasana di Pasar Cukai Kemaman

Hari ni pusing-pusing di Pasar Kemaman ..pekena roti canai kat warong. Tak ramai kat pasar pada hari Ahad berbanding pada weekend Jumaat & Sabtu.  Tp aku lebih suka bersiar-siar hari ni ..rileks..tak kelam kabut sangat.  Mungkin hari ni cuaca mendung sikit menyebabkan ramai keluar lewat ke pasar.  Masih kelihatan traditional di pasar ni.  Sesuai untuk pelancong melawat Pasar Cukai Kemaman.

 suasana warong pagi
 bahagian sayur-sayuran
 di sini pula terdapat pelbagai barangan hingga ubat-ubat tarditional pun boleh dapat disini
 bahagian kuih-muih
 sedang menunggu pelanggan.  Amalan 3S dh ada pun kat Pasar...tersusun timun, lada, limau nipis
 makcik ni pula sdg menjual kerepek, keropok.  Keropok disni kira paling best...boleh try..Mak cik ni selalu berada berhampiran Tabung Hj Kemaman..

makang gulai kat Telok Kalong

Hari ning makang gulai kt sekoloh telok kalong jeputang guru besar sekoloh telok kalong CG Sabri Sulong. Ketiga-tiga anak aku semua nya bersekolah disini. Sungguh meriah kenduri didewang sekolah dgn anging pantai sepoi-sepoi.  Memang best ah..Dh lama tk menjengok telok kalong sejak berpindah ke KL dan Cukai.  Hari ni bolehlah bersembahyang di Masjid telok kalong yg telah berubah wajah dengan renovation.  Malahan ada air-cond lkurang 8 buah.. Kira.kalu on econd...memang sejok gile ah..Boleh berjumpa dgn tok imam, tok bilal dan ahli jemaah masjid. 
 kelihatan pelamin yg tersegam indah di depan

 Tok Imang Masjid Telok Kalong sedang mencedok acar nenas

 Anak tuna termenung menanti majlis tamat..agak2 letih melayan tetatmu....Tahniah
Yg bersongkok tu adalah tuan punya majlis..merangkap Guru Besar (roomate semasa kt Mekah)..

Tuesday 6 March 2012

Mudahnya untuk mendapat buku

Di sini ana nk berkosngsi mengenai pembelian buku secara online. Begitu mudah untuk mendapat buku tanpa perlu keluar rumah.  Syabas kepada storm reader yang berjaya mempelopori MLM dengan memenuhi kaedah syariah (Syariah compliance). Terdapat banyak buku-buku ilmiah yang boleh didapati disini. Sebagai contoh Ensilopedia Solat ;

Pengarang Dato Haji Md. Hashim Yahaya (mantan mufti KL) -RM100

Kandungan buku ini amat bersesuaian kepada sesiapa saja untuk mengetahui tentang solat samada fardu ataupun sunat. Penerangan merangkumi secara menyeluruh dari pengambilan wuduk sampai lah ke qiamullai. Sudah pasti kebergantungan kepada buku secara 100% adalah tidak mencukupi. Malah kita dituntut supaya menuntut atau berguru daripada ustaz yang bertauliah.

Selain dari buku ini, buku mengenai Nabi Muhammad S.A.W. juga boleh diddapati :


Nama kitab : Syamail muhammad saw keperibadian rasulullah
Judul asal    : asy-syamail al-muhammadiyyah
penulis        : Imam al-tirmizi

Kitab Syamail Muhammad karya Imam al-Tirmizi merangkumi 56 bab yang menggambarkan peribadi dan fizikal Rasulullah SAW secara terperinci.  Semuga dengan pembacaan buku-buku mengenai Rasullulah dapat kita mendekati dengan Rasullulah.

Banyak lagi buku-buku berbentuk agama dan motivasi boleh dapat di sini.

Monday 5 March 2012

Semangkuk susu dengan seorang pemuda - sedutan dari Us Badli

Semua orang beringinan untuk berjaya di dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini.  Begitu jugalah dengan seorang pemuda Yasin yang telah berjaya di dalam peniagaannya di usia muda.  Walaubagaimana pun kejayaan nya tidak bermakna dia telah berjaya kesemua dalam kehidupan nya, sebagai seorang anak dan juga suami.  Setiap kali pulang ke rumah sudah pasti dia akan dileteri oleh isterinya kerana langsung tiada masa untuk keluarga.  Begitu juga emak dan abahnya amat terasa dengan kesibukan anaknya hinggakan tiada masa untuk pulang ke kampung.  Rakan-rakan sebaya juga terasa dengan perubahan Yasin, hinggakan merekan menggelar Yasin sebagai budak sombong.  Rungutan dan kritikan dari keluarga, emak & abah serta rakan-rakan telah menyebabkan Yasin mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang yang cukup arif dengan masalah ini, iaitu Pak Harun.  Setelah menceritakan segala permasahan yang timbul dan dihadapinya, lalu Pak Harun mengarahkannya supaya mengelilingi rumah nya dengan membawa semangkuk susu.  Pak Harun, menasihatinya supaya memastikan susu tersebut tidak tumpah dari mangkuknya.  Lalu dengan berhati-hati menjaga susu yang di tangan nya sambil mengelilingi rumah tersebut.  Akhirnya beliau berjaya mejaga susu dari tertumpah.  Setelah sampai dihadapan rumah Pak Harun, Yasin telah ditanya oleh Pak Harun samada dia ternampak koleksi antiknya yang diletak sekeliling rumah.  Lantas Yasin memberitahu kepada Pak HArun, dia tidak nampak apa-apa pun kecuali susu ditanganya.  Lalu, Pak Harun mengarahkan nya supaya mengelilingi sekali lagi untuk mencari koleksi barang antik tersebut.  Kali kedua ni, baru lah YAsin terjumpa dengan koleksi-koleksi antik yang terbiar di belakang rumah. Kali ni apabila disapa oleh Pak Harun, Yasin terus memberi penrangan kepada Pak Harun.  Pada saat ini, Pak HArun menanyakan keadaan susu ditanganya, dengan terkejutnya Yasin memberitau susu dah berkurangan dari kandungan asal. Moralnya, kita sebagai manusia perlu pandai mentadbir sesebuah institusi.  Kecuaian menjaga dgn hanya memberi tumpuan kepada sesuatu benda mengakibatkan kita akan kehilangan barangan lain..  Begitu juga dengan kehidupan, sesorang harus pandai membahagi masa kepada keluarga dan kerjaya.  Gagal salah satu dari hubungan tersebut mengakibatkan sesorang itu gagal dalam kehidupannya walaupun lahiriahnya mereka berjaya sebagai korporat dan sbgnya.

Cerita ini telah olah semula oleh penulis untuk menyesuaikan dgn keadaan pembaca melalui teknologi maya.
 Kesmua nama yang digunakan dalam coretan ini adalah tiada kene mengena dengan yang hidup dan telah mati.

Thursday 1 March 2012

Industrial engineering class

  Total student 60++ registered for this subject.  This subject comprise vast topics of IE including TQM, ergonomics, work study.... At the end of Semester, insya-Allah the student will able to understand and know what tools or techniques should be applied in the industry. In general IE is a system to minimise wastes through implementing new technology, simplify the process, reduce travel distance between workstation to workstation.  Now, all selling price were determined by customer, the manufacturer can only reduce manufacturing cost in order to increase profit.  Fail to minimise manufacturing cost, the customer will find other alternatives.  In 21st century, all manufacturers must think and find new strategy to reduce manufacturing cost.  This is called kaizen by Toyota.  In Toyota, all employees are seriously think to minimise cost by giving ideas to improve their working area.



Discussion session




 Full of bags on table
Full concentration on exercise