Tuesday 15 April 2014

Penggunaan twitter dalam pembelajaran IE sem II 2013/2014


Twitter merupakan kaedah media sosial yang sering digunakan oleh pengemar media sosial. Pada minggu lepas Prof Karim drp USM berkongsi pengalaman dalam pengajaran dgn penggunaan twitter. Menurut beliau, penggunaan twitter dapat meningkat tahap pembelajaran pelajar dgn sentiasa update maklumat berhubung subjek yang diajar.  Pelajar digalakkan untuk mengutara pendapat melalui twitter dan akan di respon secepat mungkin oleh Pensyarah.  Oleh itu aku juga mengambil peluang untuk mencuba kaedah twitter di dalam kelas untuk subjek Industrial Engineering.  Pada pandangan aku, twitter dapat meningkat pembelajaran sesorang sekiranya pelajar tersebut aktif dalam mengutara pendapat.  Walaupun tidak 100% pelajar akan mengguna kaedah ini,ttp sekurang-kurang kita perlu mencuba untk melihat sejauh mana kefahaman pelajar dgn tambahan nilai twitter.  Kaedah yg digunakan dalam kelas IE ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau memberi pendapat tentang kuilah yang telah di ajar.  Selain drp itu aku juga perlu melontar senario utk pelajar supaya  memberi pandangan dalam dunia IE pada masa ini.  Aku berharap dengan pengenalan kaedah twitter ini dapat mendedah pelajar dgn lebih luas dunia IE.  Aku menggunakan dengan #IE_UMP2014 sebagai tapak perbincangan.  Pelajr-plr lain jugayg mengambil subjek IE digalakkan untuk bersama-sama berkongsi maklumat berhubung dengan IE.
  
Production of car's rim

Learning WITNESS

Presenting ergonomic foot rest - FYP