Friday 26 October 2012

Ibadah qurban pada Tahun 1433

Hari ni 11 Zulhijah 1433, hari kedua Raya Aidil Adha.  Sebanyak 3 ekor lembu di sembelih sebagai ibadat qurban dan ada juga yang membuat aqiqah.  Alhamdullilah kesemua  lembu dapat diselesaikan pada jam 11.00 pagi. 1 bahagian lembu di sini harganya lebih kurang RM500.  Secara average setiap bahagian dapat dalam 12-15 kg daging.  Acara qurban memang seronok dijalankan dengan penglibatan masyarakat sekeliling.  Kepakaran pelapah amat diperlukan terutamanya untuk memisah daging daripada kulit dan tulang.  Di samping bahagian lain yang perlu berhati-hati adalah kawasan najis lembu yang kadang bocor disebabkan kurang kemahiran.  Ibadat qurban memang dituntut dalam Islam dengan sokongan dalil seperti di bawah;



Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


 Serta disokong dengan hadis

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi )

Walaubagaimana pun niat seseorang dalam ibadat qurban mestilah ikhlas.  Menurut para ustaz yang mengajar agama mengatakan pahala ibadat qurban adalah lebih besar daripada sedekah.  Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk mengambil kesempatan ini supaya dapat mengambil aktiviti ini pada setiap tahun.  Secara ringkas nya lebih kurang RM1.50-2.00 sehari sahaja kos utk 1 bahagian qurban.  




Si koko yang telah di qurban

si hitam

kerja-kerja melapah

Cg Usop main organiser utk ibadah qurban

memisah daging daripada tulang

 

No comments:

Post a Comment