Wednesday 26 September 2012

Menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah

Beberapa hari lagi umat ISlam seluruh dunia akan berkumpul di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.  Menurut kalendar ISlam wukuf akan jatuh pada 25hb Okt 2012. Yang tidak ke Mekah, disnuat kan berpuasa pada hari tersebut.  So lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut hariraya aidil adha. Sudah pasti kepada tetamu Allah akan merasa seronok dan juga takut dengan cerita-cerita yang telah diceritakan oleh kekawan, TV, majalah berkaitan dengan ujian yang dikenakan oleh Allah kepada umatnya.   Ada juga cerita yang mengatakan tidak kelihatan kaabah, sesat dan pelbagai lagi ujian.  Oleh itu digalakkan kepada bakal haji tahun ini agar berbanyak berdoa, solat wajib & sunat semuga mendapat perlindungan daripada ujian dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna.  Di sana nanti kita akan melihat pelbagai ragam samada orang malaysia, afrika, china, mat salleh dan boleh dikatakan semua bangsa akan turun. Kemeriahan bumi Mekah dan Madinah juga ditemani kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang rendah.  Keseronokan membeli kadang-kadang membuat kita kurang tumpuan kepada ibadat. Kalau di mina, gerai-gerai jualan akan menjual pelbagai baranag sehingga barang yg tak pernah jumpa pun ada di sini.  Oleh itu janganlah terlalu sibuk dengan jualan murah yang ditawarkan oleh penjual.  Sepatutnya di sini kita kena banyak berdoa.  Dengan bilangan jemaah yang berjuta-juta disni, pihak pengurusan Mina akan mengawal jemaah yang hendak melontar di 3 jamrah supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.  Insya-Allah dengan niat yang suci ke Mekah akan dapat mendapat rahmat dengan kurniaan haji yang mabrur.  Makanan di bumi Mekah dan Madinah memang mengeliurkan terutamanya nasi mandy, kari kambing, yang tidak dapat dilupai.

No comments:

Post a Comment