Saturday 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem

Alhamdulillah dapat menyambut ketibaan Ramadhan 1435(2014). Bulan yang pasti di nantikan oleh setiap muslim dan juga non muslim. Bagi Muslim bulan ramadhan merupakan bulan paling istimewa dengan rahmat Allah yang mencurah-curah.  Sehingga kan Nabi SAW menyatakan 

"sesungguhnya kalau umat Aku mengetahui kelebihan dan keistimewaan Ramdhan, sudah pasti mereka akan meminta supaya tiap-tiap bulan adalah bulan Ramadhan".  

Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan ibadat yang boleh dilakukan selain drp solat 5 waktu.  Di antara amalan sunat yang tiada pada bulan lain adalah solat terawih.  Hanya di bulan ramadhan sahaja kita dapat mengerjakan soalan terawih samada 8 rakaat atau 20 rakaat.  Perlu komitmen yang tinggi untuk mengerjakan solat terawih dengan kekuatan imam.  Kebiasaanya pada awal ramadhan setiap masjid atau surau akan penuh..tetapi pada akhir ramadhan akan berkurang disebabkan kesibukan persiapan raya.


Kedua, perbanyakan amalan sedekah.  Pahala amalan sedekah pada bulan ramdhan  berlipat kali ganda. Ikutlah contoh Rasullullah yang sentiasa bersedekah pada bulan ramadhan berbanding bulan2 lain.  Rasullullah bersabda, 

Sedekahh yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR. al-Tirmidzi dari Anas)

Kita perlu mencari peluang untuk bersedekah.  Walaupun tak dapat bersedekah dalam bentuk wang..kita boleh juga memberi makan kepada orang yang berpuasa.  Sesungguhyna dengan memberi makan kepada orang berpuasa kita mendapat pahala seperti orang yang berpuasa.  Oleh itu sangat beruntung kepada sesiapa yang dapat mengambil peluang untuk bersedekah pada bulan ramadhan.

Ketiga kita perlu mengambil peluang untuk berqiamullai. Sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajud setiap hari  Kalu tk dapat ..cuba buat seminggu sekali.  Hanya bulan ramadhan sahaja setiap orang akan bangun untuk bersahur dan in shaa Allah mampu untk cuba mengerjakan solar tahajud. Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang paling mulia dengan keistimewaan yang diberikan.  Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah dengan memperbanyakan ibadat yang penuh dengan keikhlasan.  Firman Allah berbunyi

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56

Begitu juga kepada peminat kuih samada tradisional dan moden pasti akan tidak melepas peluang di bazaar ramadhan.  Kepada non muslim sudah pasti juga mengambil peluang ini untuk mencari makanan di bazaar ramadhan.  Inilah yang dikatakan buan ramadhan penuh dengan rahmat.
Kegembiraan dapat beribadat di bulan Ramadhan

Gambar hiasan Raya 2010