Sunday 1 April 2018

Tanah lot di Padang Limau Nipis utk dijual

Sebidang tanah di Padang Limau Nipis, Mukim Alur Limbat dengan keluasan 540m persegi untuk dijual dengan segera. Terletak lebih kurang 400m belakang Masjid Padang Limau Nipis. Terdapat beberapa rumah yang telah siap serta sedang dibangunkan. Telah ada anak jalan tar. Sesuai untuk perlaburan atau membina rumah. Berhampiran dengan exit tol Telemong. Tanah ini dijangka meningkat pada masa akan datang selepas pembanguan landasan keretapi laju (ECRL). Harga tawaran RM75000. Sekiranya berminat boleh menghubungi 0199150707.

Tanah yang berlorek merah

Masjid Padang Limau Nipis

Depan tanah dah siap rumah Semi D. 

Saiz tanah 540m persegi

Sebelah tanah ada rumah

Sunday 17 January 2016

Subjek Industrial Engineering

Dalam subjek ini pelajar diberi pendedahan secara keseluruhan mengenai Industrial Engineering bermula dengan Kualiti, produktiviti, masa piawai, ergonomik, analisa break even, inventori dan lean manufacturing.  Objektif subjek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya dapat memahami on how to manage a manufacturing company.  Di dalam subjek ini juga, pelajar diberi pilihan untuk memilih syarikat pengeluaran atau perkhidmatan .  Pelajar dikehendaki mengaplikasi kaedah-kaedah industrial engineering bagi meningkat productivity serta menghapus pembaziran.  Secara keseluruhan pelajar berupaya mengguna pelbagai kaedah untuk meningkat produktiviti.
Sem 1 2015/2016 -Pembentangan Topik Ergonomik

Sem 2 2015/2015
Sem 2 2014/2015 -Project Presentation


Sem 2 2014/2015 - Project Presentation



Sem 1 2015/2016- Project Presentation

  

Pengkuliahan Sem 1 Sesi 2015/2016

Semester ini aku telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar 2 subjek utama serta 2 subjek secara part time.  Subjek utama merupakan subjek Industrial Engineering dan  Production Planning & Control manakala secara part time Industrial Quality Control dan Industrial Managament System. Di sini aku sertakan beberapa gambar terpilih semasa sesi 2015/2016. Secara keseluruhan sangat enjoy bersama pelajar.
Bersama pelajar Ijazah GMI (Industrial Quality Control)

Pengguna kertas Mahjong untuk presentation

Penilaian presentation

IQC Presentation

Group discussion bagi program Sarjana Mekanikal (Industrial Management System)

Group discussion bagi program Sarjana Mekanikal (Industrial Management System)

Production Planning & Control

Group discussion bagi program Sarjana Muda Mekanikal (Prod Planning & Control)

Group discussion bagi program Sarjana Muda Mekanikal (Prod Planning & Control)

Perisian WITNESS untuk pengubahsuaian susun atur mesin
Production Planning & Control

Wednesday 4 February 2015

Madu kelulut



Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa. Madu serta kandungan propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa. Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang sangat berguna pemakanan tambahan kepada manusia.  

200gm@59, 350gm@RM79 & 1kg@RM179
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.


Menurut, Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman  penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout (Utusan Online http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0520&sec=Timur&pg=wt_01.htm)

Sekiranya berminat boleh lah menghubungi 019-9150707.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut#ixzz3QPVhvIHg

Saturday 28 June 2014

Marhaban Ya Ramadhan. Ramadhan Kareem

Alhamdulillah dapat menyambut ketibaan Ramadhan 1435(2014). Bulan yang pasti di nantikan oleh setiap muslim dan juga non muslim. Bagi Muslim bulan ramadhan merupakan bulan paling istimewa dengan rahmat Allah yang mencurah-curah.  Sehingga kan Nabi SAW menyatakan 

"sesungguhnya kalau umat Aku mengetahui kelebihan dan keistimewaan Ramdhan, sudah pasti mereka akan meminta supaya tiap-tiap bulan adalah bulan Ramadhan".  

Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan yang ada untuk mengumpul sebanyak mungkin amalan ibadat yang boleh dilakukan selain drp solat 5 waktu.  Di antara amalan sunat yang tiada pada bulan lain adalah solat terawih.  Hanya di bulan ramadhan sahaja kita dapat mengerjakan soalan terawih samada 8 rakaat atau 20 rakaat.  Perlu komitmen yang tinggi untuk mengerjakan solat terawih dengan kekuatan imam.  Kebiasaanya pada awal ramadhan setiap masjid atau surau akan penuh..tetapi pada akhir ramadhan akan berkurang disebabkan kesibukan persiapan raya.


Kedua, perbanyakan amalan sedekah.  Pahala amalan sedekah pada bulan ramdhan  berlipat kali ganda. Ikutlah contoh Rasullullah yang sentiasa bersedekah pada bulan ramadhan berbanding bulan2 lain.  Rasullullah bersabda, 

Sedekahh yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (HR. al-Tirmidzi dari Anas)

Kita perlu mencari peluang untuk bersedekah.  Walaupun tak dapat bersedekah dalam bentuk wang..kita boleh juga memberi makan kepada orang yang berpuasa.  Sesungguhyna dengan memberi makan kepada orang berpuasa kita mendapat pahala seperti orang yang berpuasa.  Oleh itu sangat beruntung kepada sesiapa yang dapat mengambil peluang untuk bersedekah pada bulan ramadhan.

Ketiga kita perlu mengambil peluang untuk berqiamullai. Sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajud setiap hari  Kalu tk dapat ..cuba buat seminggu sekali.  Hanya bulan ramadhan sahaja setiap orang akan bangun untuk bersahur dan in shaa Allah mampu untk cuba mengerjakan solar tahajud. Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang paling mulia dengan keistimewaan yang diberikan.  Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah dengan memperbanyakan ibadat yang penuh dengan keikhlasan.  Firman Allah berbunyi

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56

Begitu juga kepada peminat kuih samada tradisional dan moden pasti akan tidak melepas peluang di bazaar ramadhan.  Kepada non muslim sudah pasti juga mengambil peluang ini untuk mencari makanan di bazaar ramadhan.  Inilah yang dikatakan buan ramadhan penuh dengan rahmat.
Kegembiraan dapat beribadat di bulan Ramadhan

Gambar hiasan Raya 2010



Tuesday 15 April 2014

Penggunaan twitter dalam pembelajaran IE sem II 2013/2014


Twitter merupakan kaedah media sosial yang sering digunakan oleh pengemar media sosial. Pada minggu lepas Prof Karim drp USM berkongsi pengalaman dalam pengajaran dgn penggunaan twitter. Menurut beliau, penggunaan twitter dapat meningkat tahap pembelajaran pelajar dgn sentiasa update maklumat berhubung subjek yang diajar.  Pelajar digalakkan untuk mengutara pendapat melalui twitter dan akan di respon secepat mungkin oleh Pensyarah.  Oleh itu aku juga mengambil peluang untuk mencuba kaedah twitter di dalam kelas untuk subjek Industrial Engineering.  Pada pandangan aku, twitter dapat meningkat pembelajaran sesorang sekiranya pelajar tersebut aktif dalam mengutara pendapat.  Walaupun tidak 100% pelajar akan mengguna kaedah ini,ttp sekurang-kurang kita perlu mencuba untk melihat sejauh mana kefahaman pelajar dgn tambahan nilai twitter.  Kaedah yg digunakan dalam kelas IE ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau memberi pendapat tentang kuilah yang telah di ajar.  Selain drp itu aku juga perlu melontar senario utk pelajar supaya  memberi pandangan dalam dunia IE pada masa ini.  Aku berharap dengan pengenalan kaedah twitter ini dapat mendedah pelajar dgn lebih luas dunia IE.  Aku menggunakan dengan #IE_UMP2014 sebagai tapak perbincangan.  Pelajr-plr lain jugayg mengambil subjek IE digalakkan untuk bersama-sama berkongsi maklumat berhubung dengan IE.
  
Production of car's rim

Learning WITNESS

Presenting ergonomic foot rest - FYP

Monday 13 January 2014

Pengajaran subjek Industrial Engineering di UMP

Subjek Industrial Engineering merupakan subjek fakulti yang setiap pelajr perlu ambil.  Kebiasaanya pelajar tahun 3 akan mengambil subjek ini.  Kandungan subjek ini fokus kepada pengendalian kilang seperti standard time, SPC, EQQ, Aggregate planning.  Walaupun subjek ini tidak heavy kepada pelajar tetapi tak ramai yg boleh score.  Salah satu punca pelajar tk score adalah kerana mereka menganggap subjek ini mudah dan selalu buat last minute preparation.  The most important teknik mengajar subjek ni adalah memberi contoh industri serta memberi case study supaya mereka dapat menghayati subjek ini dalam industri.  Penilaian subjek assignmnet, quiz, test, projek dan final.  Di sertakan beberapa kumpulan pelajar;
Group  discussion on case study Sem2 12/13

Group  discussion sem2 12/13

group discussion sem2 12/13

Case study on standard time sem1 13/14

Case study on ST sem 1 13/14
Witness exposure

Project presentation