Saturday 8 September 2012

Peluang perniagaan melalui internet

Semua orang mempunyai keinginan untuk berniaga sendiri tidak kira samada mempunyai kelayakan sehingga PhD.  Tetapi merasa takut kerana kebimbangan mengalami kerugian.  Di samping itu kita juga perlu ada modal dan tapak perniagaan.  So, bagaimana untuk mengatasi masalah ini.  Salah satu cara yang boleh kita lakukan adalah melalui teknik dropshipper.  Teknik ini merupakan kerjasama diantara pembekal dan penjual.  Penghantaran, pengurusan stok dilakukan oleh pembekal.  Dropshipper(kita) hanya lah mempromosi produk-produk melalui blog peribadi, facebook, twiter dan secara offline.  Mengikut statistik promosi melalui internet boleh mencapai peningkatan sebanyak 400% berbanding dengan offline.  Bagaimana peratusan yang tinggi ini boleh dicapai?  Sebagai contoh facebook, once kita upload produk tersbut ke dalam facebook, maklumat tersebut akan tersebar kepada semua rakan-rakan kita dengan pengunaan teknik "tag photo".  Penyebaran maklumat ini akan terus berlaku apabila rakan-rakan kita pula tag kepada rakan-rakan mereka yang langsung tidak dikenali oleh kita.  Bayangkan kalau seorang boleh menyebar kepada 4 orang,  kemudian 4 orang ini pula akan menyebar kepada 4 orang lagi, begitu lah seterus nya.  Bukannya mudah melakukan perniagaan?  The matter is what product going to be chosen here.  Bagi saya pemilihan produk adalah bergantung kepada kita.  Samada produk dah ada di pasaran internet ataupun tidak, yang penting bagaimana kita mempersembahkan kepada rakan-rakan kita.  Bagaimana nak cari seller yang menawarkan dropship approach.  Kita boleh bertanya kepada seller atau melihat penawaran yang ditawar melalui website.  Pelbagai produk yg telah ditawarkan spt baju muslimah, pinggang mangkuk, hangbag, biskut dan pelbagai lagi.  Nasihat saya adalah mulakan dahulu dengan sebarang produk.  Oh ya...setengah pembekal mengenakan yuran pendaftaran kepada dropshipper dan ada juga yang langsung tidak mengenakan yuran.  OLeh itu study lah betul-betul sebelum memilih pembekal mana yang hendak dipilih.  Insya-Allah dengan pnerangan ringkas ini mampu memberi idea kepada bakal usahawan internet untuk mencuba perniagaan.

No comments:

Post a Comment