Monday 13 January 2014

Pengajaran subjek Industrial Engineering di UMP

Subjek Industrial Engineering merupakan subjek fakulti yang setiap pelajr perlu ambil.  Kebiasaanya pelajar tahun 3 akan mengambil subjek ini.  Kandungan subjek ini fokus kepada pengendalian kilang seperti standard time, SPC, EQQ, Aggregate planning.  Walaupun subjek ini tidak heavy kepada pelajar tetapi tak ramai yg boleh score.  Salah satu punca pelajar tk score adalah kerana mereka menganggap subjek ini mudah dan selalu buat last minute preparation.  The most important teknik mengajar subjek ni adalah memberi contoh industri serta memberi case study supaya mereka dapat menghayati subjek ini dalam industri.  Penilaian subjek assignmnet, quiz, test, projek dan final.  Di sertakan beberapa kumpulan pelajar;
Group  discussion on case study Sem2 12/13

Group  discussion sem2 12/13

group discussion sem2 12/13

Case study on standard time sem1 13/14

Case study on ST sem 1 13/14
Witness exposure

Project presentation

Friday 10 January 2014

Islam cara kehidupan sebenar (Islam is way of life)



Kenapa ugama Islam? Hanya ugama Islam sahaja ugama fitrah yang datang daripada Allah.  Rasa terpanggil untuk memberi sedikit penerangan berhubung agama Islam, walaupun berpendidikan pembuatan industri.  Seperti mana burung ababil walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai ketinggian semangat terhadap agama dengan membawa setitis air untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di bakar.  Apabila di tanya bagaimana api boleh terpadam dengan setitis air; maka jawaban burung ababil adalah
“ aku sangat takut bila ditanya oleh Allah nanti apakah sumbangan aku terhadap agama Allah, sekurang-kurangnya aku boleh nyatakan aku telah berusaha untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di bakar”
Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai kudrat yang sempurna? Apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada ISLAM samada kepada Negara, masyarakat, kenalan dan saudara sekeliling kita
Oleh itu aku mengambil kesempatan ini dengan penggunaan teknologi IT untuk menyampai sedikit renungan kepada rakan-rakan, pelajar ku atau pembaca blog ini.  Aku teringat pada satu ceramah yang telah diberikan oleh Us. Ravi di TATI dengan mengatakan beliau mempunyai ramai kenalan Melayu beragama ISLAM tetapi tak ada seorang pun yang pernah menerangkan ISLAM kepada nya. Alhamdullilah pada hari ini beliau telah memeuk ISLAM dan berjaya menjadi seorang pendakwah.  Pengertian kawan adalah seseorang yang sentiasa menegur kawan ketika buat salah dan menyokong apabila berada dijalan yang benar. Tambahan dalam program pencetus Umah pada 9/1/14, Dr. Tee Abdullah telah memberi tazkirah berhubung syurga di bawah tapak kaki ibu.  Beliau merada sedih kerana tidak berupaya untuk mengISLAMkan ibunya kepada ISLAM. 
Begitu juga dengan aku yang mempunyai kenalan bukan ISLAM dan pelajar bukan ISLAM.  Tidak pernah aku memberi penerangan mengenai ISLAM kepada mereka.  Bagaimanakah caranya kita sebagai orang ISLAM untuk mengajak bukan ISLAM memasuki ISLAM.  Saya percaya setiap orang mempunyai naluri sedih sekiranya mendapati kenalan atau saudara mereka yang mati di luar ISLAM.  Orang bukan ISLAM tidak akan memasuki syurga malahan mereka akan menerima hukuman di akhirat nanti.  Oleh itu saya menyeru kepada kenalan dan pelajar ku supaya dapat mengkaji lebih mendalam tentang ugama ISLAM, supaya dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi.  Kajian menunjukkan peratusan memeluk agama ISLAM di Eropah semakin meningkat.  Mereka terdiri daripada orang awam, pengkaji, professional dan sebagainya.   

Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1343954/100-000-Islam-converts-living-UK-White-women-keen-embrace-Muslim-faith.html -accessed by 11/1/2014
Kenapa mereka dulu tidak memilih ISLAM tetapi hari ni boleh memeluk ISLAM.  Ini adalah kerana semakin tinggi mereka mengkaji ISLAM semakin cinta kepada ISLAM.  Dalam bahasa inggeris : “the beauty of ISLAM, the longer you study about ISLAM the deeper will be in your heart ”.
Kelebihan era 21 adalah pencarian ilmu di hujung jari dengan menggunakan pelbagai search engine. Just click then the information will come out.  Tetapi pastikan ilmu yang dicari adalah dari sumber yang betul serta perlu rujukan sekiranya menemui kemusykilan.   

Wednesday 8 January 2014

Pembinaan jambatan sementara di Sg Limbung Kemaman

Kesan deras laluan air di Sg.Limbong, Kemaman telah menyebabkan runtuhnya jambatan yg menghubungi Sg Limbung.  Laluan utama ini menghala ke pasar Kemaman, Tabung h
Haji, TNB .  Oleh itu tindakan segera telah diambil dengan meminta bantuan tentera untuk membina jambatan sementara. Pihak tentera mengambil masa lebih kurang 2 hari untuk menyiapkan jambatan ini.  Rakyat Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tentera yang bekerja kuat siang dan malam untuk menyiap jambatan ini.

Membawa kelengkapan jambatan

Persiapan pemasangan jambatan

Kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan

 Sehingga pada hari ni (8/1/2014) jambatan ini masih digunakan.  Tidak beberapa lama lagi jalan ini akan ditutp kerana kerja pembinaan semula akan dijalankan.
Jalan di tutup sebelum pembinaan jambatan besi

 

Sunday 5 January 2014

Ujian banjir daripada Allah di Kemaman

Baru-baru ni kejadian banjir di Kemaman dan Pahang boleh dikatakan yang paling besar pernah dihadapi dalam masa 30 tahun.  Walaupun pada tahun 2012 kejadian banjir juga telah berlaku di Kemaman dan Pahang iaitu pada 26-28 Dis 2012.  Beberapa tempat terutamanya berhanpiran sungai menghadapi banjir seperti Air Putih, Bukit Mentok, Pengkalan Pandan, Mok Cili. Ramai juga yang tidak merasakan pada tahun 2013 akan menghadapi banjir lagi krn baru saja menghadapi pada tahun 2012.  Tetapi kuasa Allah tidak boleh sesiapa untuk menyekat dengan hujan yang lebat turun bermula pada hari Isnin (3/12/2013) sehingga 6/12/13 menyebabkan beberapa tempat mengalami banjir besar.  Mengikut Jabatan Kaji Cuaca , jumlah kandungan hujan selama 3 hari bersamaan dengan jumlah hujan setahun.  Boleh di katakan hampir 3/4 Daerah Kemaman di landa banjir.   Beberapa jalan utama terputus seperti Jalan Sg Limbung, Jalan depan Maybank, Sempadan Kemaman-Kuantan.  Tambahan dengan bekalan eletrik dan air terputus menyebabkan operasi perniagaan hampir lumpuh.  Kelumpuhan ini menyebabkan kekurangan bekalan makanan, petrol, air bersih dan pelbagai lagi.  Pada masa ni setiap kedai runcit penuh dengan pelanggan yang mencari bekalan makanan seperti roti, biskut, maggi, telur, air mineral, pampers.  Masa ni aku merasakan macam darurat dengan gelagat setiap orang yang terdesak utk mendapat makanan.  Hinggakan di sebuah kampung Kijal harga telur dijual RM1 utk 2 biji.  Di pusat perpindahan terutamanya sekolah-sekolah penuh dengan  orang awam tak kira pangkat.....masing2 hanya dalam berkeadaan mempunyai sepasang baju.  Saat 2 begini barulah semangat tolong menolong, hubungan silaturahim di panjangkan tak kira parti politik.  Kesan banjir mengejut ini menyebabkan barang2 berharga tengelam air hinggakan berlonggok barang buangan di tepi jalan.  Setengah-tengah tempat banjir berlumpur menyebabkan tilam, pakaian habis tertinggal kesan lumpur.   
Jalan merekah akibat kesan laluan air laju di Sg limbong


runtuhnya tembok di Sg Limbong, Cukai

Berhampiran surau Mok Cili

Bersebelahan KFC Cukai, KCP