Insya-Allah umat islam akan menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (21/7/12). Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh setiap orang baik Islam atau bukan Islam. Kerana bulan Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan mempunyai penuh kebarakahan. Nabi S.A.W. telah mengatakan sekiranya umat Islam mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, maka diminta supaya setiap bulan dijadikan Ramadhan. Di bulan Ramadhan kita berpeluang untuk mendapat satu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadr. Sesiapa yang mengerjakan ibadat pada malam ini akan diberi ganjaran bersamaan dengan 1000 bulan. Malam lailatul qadr hanyalah akan diberikan kepada sesiapa yang betul-betul bertaqwa kepada Allah. Sebulan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa. Fasa 1 adalah permulaan. Analogi yang mudah semua orang berlumba-lumba ingin mendapat kerberkatan Ramadhan pada fasa ini. Kemudian di Fasa kedua dikenali sebagai pertengahan. Di waktu ini masjid & surau telah beransur berkurangan berbanding dengan fasa pertama yang penuh dengan makmun sehinggakan pihak masjid terpaksa membentang tikar di luar perkarangan masjid. Tetapi malangnya fasa II umat Islam pula sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya, rumah raya dan macam2 raya hinggakan reban ayam pun nak di rayakan. Maka di saat Fasa ke 3, hanyalah tinggal makmun yang betul2 menghayati Ramadhan. Seperti diperingkat final, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meneruskan perjuangan berbanding dengan peringkat awal.
Jadi kali ni marilah kita berazam sepenuhnya untuk menuai sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan kali ni. Penghisap rokok tegar boleh mengambil peluang ini dengan memasang niat ikhlas untuk berhenti terus dari merokok. Sebenarnya semua perokok boleh berhenti ..cuma mind set kita yang kata tak boleh, sebab tak ada benda ditangan dan tiada pula asap dimulut. Disamping itu, kita juga boleh berazam untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Pastikan kita sentiasa berada di saf pertama. Banyak-banyak bersedekah di buklan ramadhan ini. Setiap sedekah diganti oleh Allah 10 x ganda. Satu-satunya bisness yang tiada rugi nya kerana telah dijanji oleh Allah. Cuma kita tak tersedar bagaimana Allah mengembalikan kepada kita wang sedekah tadi. Adakah dalam bentuk wang juga, atau berbentuk kesihatan, atau berbentuk anak soleh atau berbentuk ketenangan.
Oh ya...bagaimana pula orang bukan Islam juga menanti-nanti Ramadhan. Kepada peniaga, mereka memang menunggu bulan ni kerana setiap umat Islam akan belanja dalam purata paling kurang RM200. Sebagai contoh penjual air mengatakan dibulan Ramadhan mereka boleh mendapat keuntungan sebanyak RM400~500 bersih. Yang kedua, mereka ini akan dapat merasai segala makanan baik kuih, lauk pauk, dan pelbagai air.
Thursday, 12 July 2012
Thursday, 5 July 2012
Menambah pahala sunat pada hari Jumaat
Hari Jumaat merupakan hari besar atau dikenali sebagai penghulu segala hari. Tidak berlakunya kiamat melainkan pada hari Jumaat. HAri Jumaat yang besar penuh dengan barakah.
Dari Ibnu Abbas bahwa Nabi Muhammad bersabda, “Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka barangsiapa yang akan mendatangi solat jumaat maka hendaklah dia mandi.” (Ibnu Majah no: 1098)
Oleh itu marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan menambah pahala sunat pada amalan harian kita. Sbg contoh ketika mandi pada hari Jumaat, sekiranya sekadar mandi tanpa memasang niat sunat mandi Jumaat, maka terlepas peluang untuk mendapat pahala tersebut. Selain daripada itu, umat Islam juga disunatkan supaya membersih diri dengan memotong kuku, memotong bulu, memotong misai, berpakaian bersih serta wangi-wangian seperti Nabi Muhammad S.A.W amalkan.
Disunnahkan menggunakan minyak wangi dan siwak, memakai pakaian yang terbaik. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Abi Sa’id Al-Khudri dan Abi Hurairah bahwa Nabi Muhammad bersabda, “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai siwak, memakai pakaian yang terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya, memakai pakaian yang terbaiknya kemudian mendatangi masjid sementara dia tidak melangkahi bahu orang lain sehingga dia ruku’ (solat) sekehendaknya, kemudian mendengarkan imam pada saat imam berdiri untuk berkhutbah sampai dengan selesai solatnya maka hal itu sebagai penghapus dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat ini dengan hari Jumaat sebelumnya.” (HR. Imam Ahmad: 3/81)
Antara amalan sunat lain yang boleh dilakukan adalah memperbanyak selawat keatas Nabi S.A.W.
Sabda Nabi dari Aus bin Aus, “Hari terbaik anda adalah pada hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dicabut nyawanya, pada hari itu akan terjadi tiupan sangkakala, pada hari itu dimatikannya seluruh makhluk pada hari kiamat, maka perbanyaklah membaca selawat bagiku sebab selawat kamu didatangkan kepadaku”. Mereka bertanya, “wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami didatangkan kepadamu padahal dirimu telah menjadi tulang belulang yang telah reput? Atau mereka berkata: Engkau telah repuk mejadi tanah?. Maka Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi ‘alaihimus shalatu was salam.” ( HR. An-Nasa’I no: 1374)
Di riwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Nabi Muhammad bersabda: “Perbanyaklah
membaca shalawat bagiku pada hari Jumaat dan malam Jumaat, sebab
barangsiapa yang membaca selawat kepadaku satu selawat saja maka Allah
akan membaca selawat kepadanya 10x selawat”. (HR. Al-Baihaqi 3/249 no. 5790)
Rujukan Madinah Surakarta (6/6/12)
Saturday, 30 June 2012
Seketika di Bandar Marang
Pada 30hb Jun aku sekeluarga telah menghadiri upacara pernikahan di Masjid Besar Marang. Di kesempatan ini aku mengambil beberapa gambar di Bandar Marang. Pada tahun 80an dulu bandar ini sentiasa dikenali dengan bandar cowboy Marang. Tetapi dengan pembangunan pesat bandar ini telah bertukar wajah. Kelihatan pada hari ini pasar pagi Marangh sungguh meriah dengan pelbagai jualan.
| Pasar pagi Marang |
| Jeti Ke Pulau Kapas |
| pasar pagi |
| Guest House (RM30/night) |
| Masjid Besar Marang |
| Di Sg Marang |
Thursday, 21 June 2012
Mencari keberkatan pada hari Jumaat yang penuh dengan barakah
Minggu ini kita bincangkan artikel berhubung Jumaat penuh barakah. Hari Jumaat adalah penghulu hari segala hari. Tidak berlakunya kiamat melainkan hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dijadikan oleh Allah dan pada hari ini juga banyak pintu rahmat dibuka dan akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Nya. Oleh itu kita digalakan supaya berusaha untuk mendapatkan rahmat ini, samada melalui sembahyang, berzikir, bersedekah atau membaca al quran. Pada hari ini umat Islam juga disunatkan untuk membaca dan memahami surah Al-Kahf , sebagaimana hadis Nabi SAW yang berbunyi;
“Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam kesibukan harian, kadang-kadang membuat kita tidak berkesempatan untuk membaca surah ini. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha agar dapat mencari fadilat dan rahmat yang begitu banyak pada hari ini. Malah, hadis Nabi SAW juga menggalakkan umatnya agar sentiasa berselawat keatas nya . Di antara hadis nabi yang mengalakkan berselawat adalah seperti berikut;
“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi).
Semasa mandi juga kita akan mendapat pahla sunat tetapi mestilah berniat untuk mandi sunat Hari Jumaat. Rugilah kita sekiranya tidak merebut peluang yang ada ini ketika mandi pada hari Jumaat. Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang yang melimpah ruah pada hari Jumaat yang penuh mulia ini. Semuga petikan ringkas ini dapat memberi peringatan kepada ana dan juga pembaca-pembaca blog ini.
Rujukan : Artikel di akhbat Metro Online
Wednesday, 13 June 2012
Peluang pelaburan hartanah
Bagaimanakah caranya untuk melabur di dalam hartanah. Kalau kita lihat di sekeliling kita, pembangunan rumah adalah amat pesat sekali. Pelbagai pemaju memberi penwaran. Tidak kira di mana saja. Para pembeli masih sanggup membeli walaupun harga rumah melambung hampir kepada 100% berbanding 10 tahun yang lepas. Sampai bilakah kenaikan harga rumah berlaku? Sperti yang diketengahkan pada post yang lepas, faktor pembelian adalah kerana sistem pinjaman yang mudah serta peningkatan permintaan dikalangan pembeli. Mengikut kajian harga rumah di Malaysia dijangka makin meningkat. Dan pada tahun 2020 sesorang yang nak membeli rumah teres dijangka mempunyai pendapatan RM12000 sebulan...so berapakah harga rumah tersebut. Menurut kajian ku secara observation, aku boleh predict harga rumah teres pada tahun 2020 lebihkurang RM350 k dan Semi-D dijangka RM500k. Pada saat ini aku rasa mungkin banyak rumah yang diduduki oleh generasi baru melalui sewaan saja. Berapa pula kadar sewa pada masa tersebut? Mungkin RM1000 utk rumah teres....Kalau kita nak melabur pada hartanah pada hari ni kena fikirkan faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan nilai rumah seperti infrastruktur, keselamatan, pendidikan dan jauh dari pencemaran. Pembeli juga perlu melihat kewangan masing-masing krn pelaburan hartanah bukanlah boleh mendapat return dalam jangka pendek. Tersilap merancang boleh menyebabkan muflis (tidak mampu membayar pinjaman). So berhati-hatilah sebelum betul-betul membuat keputusan...
Friday, 8 June 2012
Pelaburan melalui pembelian rumah
Harga rumah di Malaysia secara amnya melambung tinggi dari tahun ke tahun. Apakah penyebab harga rumah melambung secara mendadak? Menurut pengamatan aku, kenaikan ini disebabkan;
i) permintaan sangat tinggi berbanding dengan pembinaan rumah
ii) kemudahan sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan dan bank
iii) kenaikan harga bahan mentah dan upah
iv) kemampuan pembeli membeli melebihi sabuah rumah
Menurut pengiraan aku peratusan kenaikan dari tahun 2011 hingga tahun ini adalah hampir 30%-40%. Sebagai contoh rumah yang sedang dibina di sebuah taman di Kuantan, sebelum ni harga tawaran yg tertera pada brochure untuk rumeh teres setingkat (ala moden) adalah RM168k, tetapi pada tahun ini harga rumah tersebut telah dinaikan kepada RM188k...Persoalan nya adakah peningkatan pembelian rumah memberi petunjuk ekonomi rakyat Malaysia bertambah baik atau sebaliknya. Kegolojohan pemaju membangun rumah juga boleh mengakibatkan kualiti rumah terabai, terutamanya kawasan-kawasan tanah berpaya. Sekiranya terlalu cepat membangun rumah dikawasan yg berpaya boleh mengakibatkan mendapan akan berlaku.
Kalau dahulu harga rumah teres adalah RM100k..tetapi skrg paling murah adalah RM150k. Kerancakkan penyediaan homestay juga mempengaruhi pembelian rumah. Faktor lain yang juga perlu dilihat iaitu penambahan populasi Malaysia. Nasihat aku kepada setiap bakal pembeli rumah perlu memastikan
i) kawasan rumah tiada faktor-faktor yang boleh menyebabkan banjir
ii) strategik dengan terdapat kemudahan spt masjid, sekolah, kedai runcit, jalan
iii)prestasi pemaju
iv)hidden charge sekiranya ada..
i) permintaan sangat tinggi berbanding dengan pembinaan rumah
ii) kemudahan sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan dan bank
iii) kenaikan harga bahan mentah dan upah
iv) kemampuan pembeli membeli melebihi sabuah rumah
Menurut pengiraan aku peratusan kenaikan dari tahun 2011 hingga tahun ini adalah hampir 30%-40%. Sebagai contoh rumah yang sedang dibina di sebuah taman di Kuantan, sebelum ni harga tawaran yg tertera pada brochure untuk rumeh teres setingkat (ala moden) adalah RM168k, tetapi pada tahun ini harga rumah tersebut telah dinaikan kepada RM188k...Persoalan nya adakah peningkatan pembelian rumah memberi petunjuk ekonomi rakyat Malaysia bertambah baik atau sebaliknya. Kegolojohan pemaju membangun rumah juga boleh mengakibatkan kualiti rumah terabai, terutamanya kawasan-kawasan tanah berpaya. Sekiranya terlalu cepat membangun rumah dikawasan yg berpaya boleh mengakibatkan mendapan akan berlaku.
Kalau dahulu harga rumah teres adalah RM100k..tetapi skrg paling murah adalah RM150k. Kerancakkan penyediaan homestay juga mempengaruhi pembelian rumah. Faktor lain yang juga perlu dilihat iaitu penambahan populasi Malaysia. Nasihat aku kepada setiap bakal pembeli rumah perlu memastikan
i) kawasan rumah tiada faktor-faktor yang boleh menyebabkan banjir
ii) strategik dengan terdapat kemudahan spt masjid, sekolah, kedai runcit, jalan
iii)prestasi pemaju
iv)hidden charge sekiranya ada..
Monday, 4 June 2012
solat sunat gerhana bulan 4/6/12
Pada hari ni insya-Allah kita berpeluang menyaksikan gerhana separa bulan. Kebanyakkan masjid akan mengadakan solat sunat gerhana selepas waktu magrib. Pada malam ni seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan keagungan Allah yang menjadikan fenomena gerhana separa bulan. Oleh itu kepada umat Islam marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini. Menurut maklumat ahli falak, gerhana akan bermula pada pukul 4.48 petang hinggalah 9.18 malam ini. Tahap kemuncak gerhana akan kelihatan pada pukul 7.03 mlm.
Subscribe to:
Posts (Atom)

