Thursday 12 July 2012

Menyambut ramadhan al mubarak

Insya-Allah umat islam akan menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (21/7/12).  Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh setiap orang baik Islam atau bukan Islam.  Kerana bulan Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan mempunyai penuh kebarakahan.  Nabi S.A.W. telah mengatakan sekiranya umat Islam mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, maka diminta supaya setiap bulan dijadikan Ramadhan.  Di bulan Ramadhan kita berpeluang untuk mendapat satu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadr.  Sesiapa yang mengerjakan ibadat pada malam ini akan diberi ganjaran bersamaan dengan 1000 bulan. Malam lailatul qadr hanyalah akan diberikan kepada sesiapa yang betul-betul bertaqwa kepada Allah.  Sebulan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa.  Fasa 1 adalah permulaan. Analogi yang mudah semua orang berlumba-lumba ingin mendapat kerberkatan Ramadhan pada fasa ini. Kemudian di Fasa kedua dikenali sebagai pertengahan. Di waktu ini masjid & surau telah beransur berkurangan berbanding dengan fasa pertama yang penuh dengan makmun sehinggakan pihak masjid terpaksa membentang tikar di luar perkarangan masjid.  Tetapi malangnya fasa II umat Islam pula sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya, rumah raya dan macam2 raya hinggakan reban ayam pun nak di rayakan.  Maka di saat Fasa ke 3, hanyalah tinggal makmun yang betul2 menghayati Ramadhan.  Seperti diperingkat final, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meneruskan perjuangan berbanding dengan peringkat awal.

Jadi kali ni marilah kita berazam sepenuhnya untuk menuai sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan kali ni. Penghisap rokok tegar boleh mengambil peluang ini dengan memasang niat ikhlas untuk berhenti terus dari merokok. Sebenarnya semua perokok boleh berhenti ..cuma mind set kita yang kata tak boleh, sebab tak ada benda ditangan dan tiada pula asap dimulut.  Disamping itu, kita juga boleh berazam untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Pastikan kita sentiasa berada di saf pertama.  Banyak-banyak bersedekah di buklan ramadhan ini.  Setiap sedekah diganti oleh Allah 10 x ganda.  Satu-satunya bisness yang tiada rugi nya kerana telah dijanji oleh Allah.  Cuma kita tak tersedar bagaimana Allah mengembalikan kepada kita wang sedekah tadi.  Adakah dalam bentuk wang juga, atau berbentuk kesihatan, atau berbentuk anak soleh atau berbentuk ketenangan.

Oh ya...bagaimana pula orang bukan Islam juga menanti-nanti Ramadhan.  Kepada peniaga, mereka memang menunggu bulan ni kerana setiap umat Islam akan belanja dalam purata paling kurang RM200.  Sebagai contoh penjual air mengatakan dibulan Ramadhan mereka boleh mendapat keuntungan sebanyak RM400~500 bersih.  Yang kedua, mereka ini akan dapat merasai segala makanan baik kuih, lauk pauk, dan pelbagai air. 

No comments:

Post a Comment