Wednesday 13 June 2012

Peluang pelaburan hartanah

Bagaimanakah caranya untuk melabur di dalam hartanah.  Kalau kita lihat di sekeliling kita, pembangunan rumah adalah amat pesat sekali.  Pelbagai pemaju memberi penwaran.  Tidak kira di mana saja. Para pembeli masih sanggup membeli walaupun harga rumah melambung  hampir kepada 100% berbanding 10 tahun yang lepas.  Sampai bilakah kenaikan harga rumah berlaku?  Sperti yang diketengahkan pada post yang lepas, faktor pembelian adalah kerana sistem pinjaman yang mudah serta peningkatan permintaan dikalangan pembeli.  Mengikut kajian harga rumah di Malaysia dijangka makin meningkat. Dan pada tahun 2020 sesorang yang nak membeli rumah teres dijangka mempunyai pendapatan RM12000 sebulan...so berapakah harga rumah tersebut.  Menurut kajian ku secara observation, aku boleh predict harga rumah teres pada tahun 2020 lebihkurang RM350 k dan Semi-D dijangka RM500k.  Pada saat ini aku rasa mungkin banyak rumah yang diduduki oleh generasi baru melalui sewaan saja.  Berapa pula kadar sewa pada masa tersebut? Mungkin RM1000 utk rumah teres....Kalau kita nak melabur pada hartanah pada hari ni kena fikirkan faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan nilai rumah seperti infrastruktur, keselamatan, pendidikan dan jauh dari pencemaran.  Pembeli juga perlu melihat kewangan masing-masing krn pelaburan hartanah bukanlah boleh mendapat return dalam jangka pendek.  Tersilap merancang boleh menyebabkan muflis (tidak mampu membayar pinjaman).  So berhati-hatilah sebelum betul-betul membuat keputusan...     

No comments:

Post a Comment