Monday 5 March 2012

Semangkuk susu dengan seorang pemuda - sedutan dari Us Badli

Semua orang beringinan untuk berjaya di dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini.  Begitu jugalah dengan seorang pemuda Yasin yang telah berjaya di dalam peniagaannya di usia muda.  Walaubagaimana pun kejayaan nya tidak bermakna dia telah berjaya kesemua dalam kehidupan nya, sebagai seorang anak dan juga suami.  Setiap kali pulang ke rumah sudah pasti dia akan dileteri oleh isterinya kerana langsung tiada masa untuk keluarga.  Begitu juga emak dan abahnya amat terasa dengan kesibukan anaknya hinggakan tiada masa untuk pulang ke kampung.  Rakan-rakan sebaya juga terasa dengan perubahan Yasin, hinggakan merekan menggelar Yasin sebagai budak sombong.  Rungutan dan kritikan dari keluarga, emak & abah serta rakan-rakan telah menyebabkan Yasin mengambil keputusan untuk berjumpa dengan seorang yang cukup arif dengan masalah ini, iaitu Pak Harun.  Setelah menceritakan segala permasahan yang timbul dan dihadapinya, lalu Pak Harun mengarahkannya supaya mengelilingi rumah nya dengan membawa semangkuk susu.  Pak Harun, menasihatinya supaya memastikan susu tersebut tidak tumpah dari mangkuknya.  Lalu dengan berhati-hati menjaga susu yang di tangan nya sambil mengelilingi rumah tersebut.  Akhirnya beliau berjaya mejaga susu dari tertumpah.  Setelah sampai dihadapan rumah Pak Harun, Yasin telah ditanya oleh Pak Harun samada dia ternampak koleksi antiknya yang diletak sekeliling rumah.  Lantas Yasin memberitahu kepada Pak HArun, dia tidak nampak apa-apa pun kecuali susu ditanganya.  Lalu, Pak Harun mengarahkan nya supaya mengelilingi sekali lagi untuk mencari koleksi barang antik tersebut.  Kali kedua ni, baru lah YAsin terjumpa dengan koleksi-koleksi antik yang terbiar di belakang rumah. Kali ni apabila disapa oleh Pak Harun, Yasin terus memberi penrangan kepada Pak Harun.  Pada saat ini, Pak HArun menanyakan keadaan susu ditanganya, dengan terkejutnya Yasin memberitau susu dah berkurangan dari kandungan asal. Moralnya, kita sebagai manusia perlu pandai mentadbir sesebuah institusi.  Kecuaian menjaga dgn hanya memberi tumpuan kepada sesuatu benda mengakibatkan kita akan kehilangan barangan lain..  Begitu juga dengan kehidupan, sesorang harus pandai membahagi masa kepada keluarga dan kerjaya.  Gagal salah satu dari hubungan tersebut mengakibatkan sesorang itu gagal dalam kehidupannya walaupun lahiriahnya mereka berjaya sebagai korporat dan sbgnya.

Cerita ini telah olah semula oleh penulis untuk menyesuaikan dgn keadaan pembaca melalui teknologi maya.
 Kesmua nama yang digunakan dalam coretan ini adalah tiada kene mengena dengan yang hidup dan telah mati.

No comments:

Post a Comment