Thursday 26 January 2012

Pemanduan berhemah di jalanraya


Saban hari kita mendengar kemalangan jalanraya walaupun pelbagai aktiviti dijalankan untuk mengurangkan kemalangan termasuk Ops sikap dan sebagainya.  Bagi penulis kemalangan jalanraya tidak akan berkurangan selagi sikap pemandu tidak berubah.  Secara jujur ramai pemandu Malaysia memang gemar membawa kereta dengan laju dengan beralasan pemanduan dalam speed limit boleh memberi kesan mengantuk.  Kemudian faktor CC dan jenis kereta juga mempengaruhi pemanduan. Kebanyakan pemandu kereta-kereta mewah seperti Mercedes, BMW, Camry, Honda dan lain-2 akan memandu lebih dari speed limit > 160 km/jam.  Adakah sikap pemandu Malaysia memang gemar memandu melebihi speed limit atau dalam kecemasan ? Tetapi kalau kita tengok di negara maju contoh United Kingdom...mereka memandu memang berhemah.  Sekiranya ada kereta yg  berada di lane kiri nak overtake..maka kereta di sebelah kanan memberi lampu "high beam" supaya kita memotong.  Tetapi di Malaysia amat sukar nak berjumpa dengan keadaan begini..kebanyakan kereta akan memandu lebih laju supaya kita tidak dapat memasuki lane kanan. Penulis percaya sesiapa yang pernah memandu di negara maju mesti tertarik dengan keadaan sedemikian.  Apakah punca kita pemandu Malaysia berkeadaan begini? Adakah cuaca mempengaruhi keadaan pemanduan atau life style kita ?

No comments:

Post a Comment