Twitter merupakan kaedah media sosial yang sering digunakan oleh 
pengemar media sosial. Pada minggu lepas Prof Karim drp USM berkongsi 
pengalaman dalam pengajaran dgn penggunaan twitter. Menurut beliau, 
penggunaan twitter dapat meningkat tahap pembelajaran pelajar dgn 
sentiasa update maklumat berhubung subjek yang diajar.  Pelajar 
digalakkan untuk mengutara pendapat melalui twitter dan akan di respon 
secepat mungkin oleh Pensyarah.  Oleh itu aku juga mengambil peluang 
untuk mencuba kaedah twitter di dalam kelas untuk subjek Industrial 
Engineering.  Pada pandangan aku, twitter dapat meningkat pembelajaran 
sesorang sekiranya pelajar tersebut aktif dalam mengutara pendapat.  
Walaupun tidak 100% pelajar akan mengguna kaedah ini,ttp sekurang-kurang
 kita perlu mencuba untk melihat sejauh mana kefahaman pelajar dgn 
tambahan nilai twitter.  Kaedah yg digunakan dalam kelas IE ini adalah 
memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan atau memberi 
pendapat tentang kuilah yang telah di ajar.  Selain drp itu aku juga 
perlu melontar senario utk pelajar supaya  memberi pandangan dalam dunia
 IE pada masa ini.  Aku berharap dengan pengenalan kaedah twitter ini 
dapat mendedah pelajar dgn lebih luas dunia IE.  Aku menggunakan dengan 
#IE_UMP2014 sebagai tapak perbincangan.  Pelajr-plr lain jugayg 
mengambil subjek IE digalakkan untuk bersama-sama berkongsi maklumat 
berhubung dengan IE. 
    
  | 
No comments:
Post a Comment