Friday, 24 August 2012

Hariraya Aidil Fitri 2012

Sambutan hariraya kali ni ala sederhana.  Hariraya merupakan hari menyambut kemenangan kepada umat Islam yang berjaya mengharungi bulan ramadhan dengan menghayati sepenuhnya dari pagi sehingga malam.  Kelebihan umat Nabi Muhammad SAW berbanding umat terdahulu adalah diberi peluang untuk mendapat lailatul Qada bersamaan dengan amalan selama 83 tahun.  Setelah berjaya mengerjakan ibadat puasa sebulan, umat Islam menyambut kemenangan dengan sambutan hariraya. Umat Islam digalakan menziarahi saudara mara dan disunat memakai pakaian baru serta wangi-wangian dengan batasan yang terkawal.



Kali ni aku sekeluarga beraya di Kampung Ladang, Terengganu.  Kemudian pada hariraya ketiga berangkat ke Serdang, Selangor sehingga hari Jumaat. Suasana di Selangor sangat tenang krn penghuni kota pulang beraya ke kampung.

Saturday, 11 August 2012

Menjelang hariraya aidil firti

Kemaring gi bandar carik kasuk anok-anok.  Ngata cerok penoh dengang kete, tadak parking lasung. Las-las aku gi beli kt stesen bas je. Kasut dok comel mane tapi bole lah sebab anok aku kata ok je.  Hrga lbh kurang RM150.  Nok carik wat muroh-muroh tdak doh lening ...seme harga lebih pada RM100.  Lepah tu pusing 2-3 keda carik pelita..jupe-jupe sebeloh ar-rahnu dengang RM7 utk 5.. Beli minyak gas RM7 sebotol...mahal beto.  Kemudiang musing pulok cari keda jual arnab utk gati wat mati sekor kerana sakit perut. Wat mase ni tadak yang sama spesis dengang arnarb ning..tuang keda kabo kalu nok..insyallah..minggu depang baru sapa...lepah raya.

Monday, 6 August 2012

Fasa kedua dan ketiga bulan ramadhan

Pada hari ini kita telah memasuki 17 ramadhan, hampir berkahirnya fasa kedua.  Fasa ini merupakan fasa pengampunan.  Oleh itu setiap umat Islam perlu merebut peluang ini dengan berusaha memohon keampunan daripada Allah.  Alhamdullilah masjid Sultan Ahmad masih penuh seperti fasa pertama dengan 10 saf.  Fasa ketiga pulak merupakan perlepasan dari api neraka.  Keistimewaan ini hanyalah diberi kepada umat Islam yang berpuasa sahaja.  Sehubungan dengan itu marilah kita mengambil peluang ini agar setiap tawaran pada bulan ramadhan ini dapat kecapi oleh kita sepenuhnya

Wednesday, 1 August 2012

Suasana di bulan Ramadhan yang indah

Sekarang dah masuk hari ke 13 umat islam berpuasa di Malaysia.  Kemeriahan berpuasa di rasai dengan melakukan ibadah terutamanya pada malam hari dengan solat terawih. Di masjid-masjid dan surau-surau penuh dengan makmum.  Sesungguhnya di bulan ramadhan ini penuh dengan keberkatan dan setiap amalan yang dilakukan akan dibalas berlipat ganda oleh Allah.  Pilihan terletak ditangan kita samada nak mendapatkan lebih pahala atau tawaran lain yang terdapat pada bulan ini.  Paling mudah bagi umat Islam adalah bermula waktu sahur dengan mengerjakan solat tambahan tahajud 2 rakaat.  Kemudian mengerjakan solat tahiyatul masjid, sunat subuh dan diikuti dengan fardu subuh. Setelah naik matahari solat sunat Dhuha 2 rakaat.  Kemudian pastikan kita dapat mengerjakan solat-solat sunat fardu seperti sunat zohor, asar, magrib, isyak, subuh.  Sesungguhnya setiap sunat pada bulan ramadhan adalah seperti mengerjakan solat fardu pada bulan-bulan biasa.  Dan di malam hari setelah sunat terawih boleh kita menutup dengan solat witir.  Solat witir sebolehnya teruskanlah  setiap malam walaupun setelah habis ramadhan. Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil peluang ini semuga amalan kita mendapat ganjaran berlipat ganda

Saturday, 21 July 2012

Kenikmatan Bulan Ramadahn

Hari ini 21/6/12 bersamaan 1 Ramadhan, semua umat Islam di Malaysia dan negara-lain yang sewaktunya mula berpuasa. Baik kanak-kanak sampai kepada golongan emas berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga.  Sesungguhnya orang-orang  yang berpuasa adalah golongan yang menambah keimanan dan ketaqwaan. Bagaimana boleh kita mengecapi kenikmatan berpuasa? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.  Maka adalah amat rugi bagi kita yang hanya berbuat demikian.  Kerana Allah telah berjanji dengan penganugerahan bulan ramadhan yang penuh dengan kebarakan.  Sesiapa yang tidak mencuba untuk mengecapi kenikmatan Ramadhan, maka rugilah kepada mereka ini yang hanya mendapat kelapran dan dahaga.  Nikmat paling  utama bagi seseorang Islam adalah beragama Islam dan iman.  Sekiranya kita sebagai orang Islam tiada iman, maka bagaimana kita nak beribadat kepada Allah.  Bagaimana nak kerjakan solat terawikh? Bagaimana nk keluar zakat? Begitu juga dengan solat terawikh? Berapa rakaat yang afdhal samada 8 atau 20 ? Masing-masing masih mengatakan mereka adalah terbaik walaupun membuat 8 atau 20. Perbalahan isu ini boleh membawa kepada pepecahan umat Islam.  Sedangkan memakmurkan dan menyepadu dalam Islam adalah wajib sedangkan sunat terawikh adalah sunat. Menurut Us. dalam program Tanya lah Ustaz: Yang paling afdhal dalam mengerjakan solat terawikh adalah bagaimana tahap keikhlasan kita mengerjakan nya.  Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk memenuhi setiap saat di bulan Ramadhan ini dengan amalan yang bermafaat  seperti banyak bersedekah, membaca Al Quran, mengerja solat sunat, berzikir dan pelbagai aktiviti.

Doa berbuka puasa:







Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa, dan dengan Engkau aku beriman  dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.



Thursday, 12 July 2012

Menyambut ramadhan al mubarak

Insya-Allah umat islam akan menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (21/7/12).  Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh setiap orang baik Islam atau bukan Islam.  Kerana bulan Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan mempunyai penuh kebarakahan.  Nabi S.A.W. telah mengatakan sekiranya umat Islam mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, maka diminta supaya setiap bulan dijadikan Ramadhan.  Di bulan Ramadhan kita berpeluang untuk mendapat satu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadr.  Sesiapa yang mengerjakan ibadat pada malam ini akan diberi ganjaran bersamaan dengan 1000 bulan. Malam lailatul qadr hanyalah akan diberikan kepada sesiapa yang betul-betul bertaqwa kepada Allah.  Sebulan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa.  Fasa 1 adalah permulaan. Analogi yang mudah semua orang berlumba-lumba ingin mendapat kerberkatan Ramadhan pada fasa ini. Kemudian di Fasa kedua dikenali sebagai pertengahan. Di waktu ini masjid & surau telah beransur berkurangan berbanding dengan fasa pertama yang penuh dengan makmun sehinggakan pihak masjid terpaksa membentang tikar di luar perkarangan masjid.  Tetapi malangnya fasa II umat Islam pula sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya, rumah raya dan macam2 raya hinggakan reban ayam pun nak di rayakan.  Maka di saat Fasa ke 3, hanyalah tinggal makmun yang betul2 menghayati Ramadhan.  Seperti diperingkat final, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meneruskan perjuangan berbanding dengan peringkat awal.

Jadi kali ni marilah kita berazam sepenuhnya untuk menuai sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan kali ni. Penghisap rokok tegar boleh mengambil peluang ini dengan memasang niat ikhlas untuk berhenti terus dari merokok. Sebenarnya semua perokok boleh berhenti ..cuma mind set kita yang kata tak boleh, sebab tak ada benda ditangan dan tiada pula asap dimulut.  Disamping itu, kita juga boleh berazam untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Pastikan kita sentiasa berada di saf pertama.  Banyak-banyak bersedekah di buklan ramadhan ini.  Setiap sedekah diganti oleh Allah 10 x ganda.  Satu-satunya bisness yang tiada rugi nya kerana telah dijanji oleh Allah.  Cuma kita tak tersedar bagaimana Allah mengembalikan kepada kita wang sedekah tadi.  Adakah dalam bentuk wang juga, atau berbentuk kesihatan, atau berbentuk anak soleh atau berbentuk ketenangan.

Oh ya...bagaimana pula orang bukan Islam juga menanti-nanti Ramadhan.  Kepada peniaga, mereka memang menunggu bulan ni kerana setiap umat Islam akan belanja dalam purata paling kurang RM200.  Sebagai contoh penjual air mengatakan dibulan Ramadhan mereka boleh mendapat keuntungan sebanyak RM400~500 bersih.  Yang kedua, mereka ini akan dapat merasai segala makanan baik kuih, lauk pauk, dan pelbagai air. 

Thursday, 5 July 2012

Menambah pahala sunat pada hari Jumaat



Hari Jumaat merupakan hari besar atau dikenali sebagai penghulu segala hari.  Tidak berlakunya kiamat melainkan pada hari Jumaat.  HAri Jumaat yang besar penuh dengan barakah.

 Dari Ibnu Abbas  bahwa Nabi Muhammad  bersabda, “Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka barangsiapa yang akan mendatangi solat jumaat maka hendaklah dia mandi.” (Ibnu Majah no: 1098)

Oleh itu marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan menambah pahala sunat pada amalan harian kita.  Sbg contoh ketika mandi pada hari Jumaat, sekiranya sekadar mandi tanpa memasang niat sunat mandi Jumaat, maka terlepas peluang untuk mendapat pahala tersebut.  Selain daripada itu, umat Islam juga disunatkan supaya membersih diri dengan memotong kuku, memotong bulu, memotong misai, berpakaian bersih serta wangi-wangian seperti  Nabi Muhammad S.A.W amalkan. 

 Disunnahkan menggunakan minyak wangi dan siwak, memakai pakaian yang terbaik. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Abi Sa’id Al-Khudri dan Abi Hurairah  bahwa Nabi Muhammad  bersabda, “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai siwak, memakai pakaian yang terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya, memakai pakaian yang terbaiknya kemudian mendatangi masjid sementara dia tidak melangkahi bahu orang lain sehingga dia ruku’ (solat) sekehendaknya, kemudian mendengarkan imam pada saat imam berdiri untuk berkhutbah sampai dengan selesai solatnya maka hal itu sebagai penghapus dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat ini dengan hari Jumaat sebelumnya.” (HR. Imam Ahmad: 3/81)

Antara amalan sunat lain yang boleh dilakukan adalah memperbanyak selawat keatas Nabi S.A.W.

Sabda Nabi  dari Aus bin Aus, “Hari terbaik anda adalah pada hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dicabut nyawanya, pada hari itu akan terjadi tiupan sangkakala, pada hari itu dimatikannya seluruh makhluk pada hari kiamat, maka perbanyaklah membaca selawat bagiku sebab selawat kamu didatangkan kepadaku”. Mereka bertanya, “wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami didatangkan kepadamu padahal dirimu telah menjadi tulang belulang yang telah reput? Atau mereka berkata: Engkau telah repuk mejadi tanah?. Maka Nabi Muhammad  S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah  telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi ‘alaihimus shalatu was salam.” ( HR. An-Nasa’I no: 1374)

Di riwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Nabi Muhammad  bersabda: “Perbanyaklah membaca shalawat bagiku pada hari Jumaat dan malam Jumaat, sebab barangsiapa yang membaca selawat kepadaku satu selawat saja maka Allah  akan membaca selawat kepadanya 10x selawat”. (HR. Al-Baihaqi 3/249 no. 5790)

Rujukan Madinah Surakarta (6/6/12)