Sunday 5 January 2014

Ujian banjir daripada Allah di Kemaman

Baru-baru ni kejadian banjir di Kemaman dan Pahang boleh dikatakan yang paling besar pernah dihadapi dalam masa 30 tahun.  Walaupun pada tahun 2012 kejadian banjir juga telah berlaku di Kemaman dan Pahang iaitu pada 26-28 Dis 2012.  Beberapa tempat terutamanya berhanpiran sungai menghadapi banjir seperti Air Putih, Bukit Mentok, Pengkalan Pandan, Mok Cili. Ramai juga yang tidak merasakan pada tahun 2013 akan menghadapi banjir lagi krn baru saja menghadapi pada tahun 2012.  Tetapi kuasa Allah tidak boleh sesiapa untuk menyekat dengan hujan yang lebat turun bermula pada hari Isnin (3/12/2013) sehingga 6/12/13 menyebabkan beberapa tempat mengalami banjir besar.  Mengikut Jabatan Kaji Cuaca , jumlah kandungan hujan selama 3 hari bersamaan dengan jumlah hujan setahun.  Boleh di katakan hampir 3/4 Daerah Kemaman di landa banjir.   Beberapa jalan utama terputus seperti Jalan Sg Limbung, Jalan depan Maybank, Sempadan Kemaman-Kuantan.  Tambahan dengan bekalan eletrik dan air terputus menyebabkan operasi perniagaan hampir lumpuh.  Kelumpuhan ini menyebabkan kekurangan bekalan makanan, petrol, air bersih dan pelbagai lagi.  Pada masa ni setiap kedai runcit penuh dengan pelanggan yang mencari bekalan makanan seperti roti, biskut, maggi, telur, air mineral, pampers.  Masa ni aku merasakan macam darurat dengan gelagat setiap orang yang terdesak utk mendapat makanan.  Hinggakan di sebuah kampung Kijal harga telur dijual RM1 utk 2 biji.  Di pusat perpindahan terutamanya sekolah-sekolah penuh dengan  orang awam tak kira pangkat.....masing2 hanya dalam berkeadaan mempunyai sepasang baju.  Saat 2 begini barulah semangat tolong menolong, hubungan silaturahim di panjangkan tak kira parti politik.  Kesan banjir mengejut ini menyebabkan barang2 berharga tengelam air hinggakan berlonggok barang buangan di tepi jalan.  Setengah-tengah tempat banjir berlumpur menyebabkan tilam, pakaian habis tertinggal kesan lumpur.   
Jalan merekah akibat kesan laluan air laju di Sg limbong


runtuhnya tembok di Sg Limbong, Cukai

Berhampiran surau Mok Cili

Bersebelahan KFC Cukai, KCP

1 comment: