Friday 10 January 2014

Islam cara kehidupan sebenar (Islam is way of life)



Kenapa ugama Islam? Hanya ugama Islam sahaja ugama fitrah yang datang daripada Allah.  Rasa terpanggil untuk memberi sedikit penerangan berhubung agama Islam, walaupun berpendidikan pembuatan industri.  Seperti mana burung ababil walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai ketinggian semangat terhadap agama dengan membawa setitis air untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di bakar.  Apabila di tanya bagaimana api boleh terpadam dengan setitis air; maka jawaban burung ababil adalah
“ aku sangat takut bila ditanya oleh Allah nanti apakah sumbangan aku terhadap agama Allah, sekurang-kurangnya aku boleh nyatakan aku telah berusaha untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di bakar”
Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai kudrat yang sempurna? Apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada ISLAM samada kepada Negara, masyarakat, kenalan dan saudara sekeliling kita
Oleh itu aku mengambil kesempatan ini dengan penggunaan teknologi IT untuk menyampai sedikit renungan kepada rakan-rakan, pelajar ku atau pembaca blog ini.  Aku teringat pada satu ceramah yang telah diberikan oleh Us. Ravi di TATI dengan mengatakan beliau mempunyai ramai kenalan Melayu beragama ISLAM tetapi tak ada seorang pun yang pernah menerangkan ISLAM kepada nya. Alhamdullilah pada hari ini beliau telah memeuk ISLAM dan berjaya menjadi seorang pendakwah.  Pengertian kawan adalah seseorang yang sentiasa menegur kawan ketika buat salah dan menyokong apabila berada dijalan yang benar. Tambahan dalam program pencetus Umah pada 9/1/14, Dr. Tee Abdullah telah memberi tazkirah berhubung syurga di bawah tapak kaki ibu.  Beliau merada sedih kerana tidak berupaya untuk mengISLAMkan ibunya kepada ISLAM. 
Begitu juga dengan aku yang mempunyai kenalan bukan ISLAM dan pelajar bukan ISLAM.  Tidak pernah aku memberi penerangan mengenai ISLAM kepada mereka.  Bagaimanakah caranya kita sebagai orang ISLAM untuk mengajak bukan ISLAM memasuki ISLAM.  Saya percaya setiap orang mempunyai naluri sedih sekiranya mendapati kenalan atau saudara mereka yang mati di luar ISLAM.  Orang bukan ISLAM tidak akan memasuki syurga malahan mereka akan menerima hukuman di akhirat nanti.  Oleh itu saya menyeru kepada kenalan dan pelajar ku supaya dapat mengkaji lebih mendalam tentang ugama ISLAM, supaya dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi.  Kajian menunjukkan peratusan memeluk agama ISLAM di Eropah semakin meningkat.  Mereka terdiri daripada orang awam, pengkaji, professional dan sebagainya.   

Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1343954/100-000-Islam-converts-living-UK-White-women-keen-embrace-Muslim-faith.html -accessed by 11/1/2014
Kenapa mereka dulu tidak memilih ISLAM tetapi hari ni boleh memeluk ISLAM.  Ini adalah kerana semakin tinggi mereka mengkaji ISLAM semakin cinta kepada ISLAM.  Dalam bahasa inggeris : “the beauty of ISLAM, the longer you study about ISLAM the deeper will be in your heart ”.
Kelebihan era 21 adalah pencarian ilmu di hujung jari dengan menggunakan pelbagai search engine. Just click then the information will come out.  Tetapi pastikan ilmu yang dicari adalah dari sumber yang betul serta perlu rujukan sekiranya menemui kemusykilan.   

No comments:

Post a Comment