Kenapa ugama Islam? Hanya ugama
Islam sahaja ugama fitrah yang datang daripada Allah. Rasa terpanggil untuk memberi sedikit
penerangan berhubung agama Islam, walaupun berpendidikan pembuatan
industri. Seperti mana burung ababil
walaupun bersaiz kecil tetapi mempunyai ketinggian semangat terhadap agama
dengan membawa setitis air untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di bakar. Apabila di tanya bagaimana api boleh terpadam
dengan setitis air; maka jawaban burung ababil adalah
“ aku sangat takut bila ditanya
oleh Allah nanti apakah sumbangan aku terhadap agama Allah, sekurang-kurangnya
aku boleh nyatakan aku telah berusaha untuk memadam api ketika Nabi Ibrahim di
bakar”
Bagaimana pula dengan kita yang mempunyai
kudrat yang sempurna? Apakah sumbangan yang telah kita berikan kepada ISLAM
samada kepada Negara, masyarakat, kenalan dan saudara sekeliling kita
Oleh itu aku mengambil kesempatan
ini dengan penggunaan teknologi IT untuk menyampai sedikit renungan kepada
rakan-rakan, pelajar ku atau pembaca blog ini.
Aku teringat pada satu ceramah yang telah diberikan oleh Us. Ravi di
TATI dengan mengatakan beliau mempunyai ramai kenalan Melayu beragama ISLAM
tetapi tak ada seorang pun yang pernah menerangkan ISLAM kepada nya. Alhamdullilah
pada hari ini beliau telah memeuk ISLAM dan berjaya menjadi seorang
pendakwah. Pengertian kawan adalah
seseorang yang sentiasa menegur kawan ketika buat salah dan menyokong apabila
berada dijalan yang benar. Tambahan dalam program pencetus Umah pada 9/1/14,
Dr. Tee Abdullah telah memberi tazkirah berhubung syurga di bawah tapak kaki
ibu. Beliau merada sedih kerana tidak
berupaya untuk mengISLAMkan ibunya kepada ISLAM.
Begitu juga dengan aku yang
mempunyai kenalan bukan ISLAM dan pelajar bukan ISLAM. Tidak pernah aku memberi penerangan mengenai ISLAM
kepada mereka. Bagaimanakah caranya kita
sebagai orang ISLAM untuk mengajak bukan ISLAM memasuki ISLAM. Saya percaya setiap orang mempunyai naluri
sedih sekiranya mendapati kenalan atau saudara mereka yang mati di luar
ISLAM. Orang bukan ISLAM tidak akan
memasuki syurga malahan mereka akan menerima hukuman di akhirat nanti. Oleh itu saya menyeru kepada kenalan dan
pelajar ku supaya dapat mengkaji lebih mendalam tentang ugama ISLAM, supaya
dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi.
Kajian menunjukkan peratusan memeluk agama ISLAM di Eropah semakin
meningkat. Mereka terdiri daripada orang
awam, pengkaji, professional dan sebagainya.
 |
Sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1343954/100-000-Islam-converts-living-UK-White-women-keen-embrace-Muslim-faith.html -accessed by 11/1/2014 |
Kenapa mereka dulu tidak memilih ISLAM tetapi hari ni boleh memeluk
ISLAM. Ini adalah kerana semakin tinggi mereka
mengkaji ISLAM semakin cinta kepada ISLAM.
Dalam bahasa inggeris : “the beauty of ISLAM, the longer you study about
ISLAM the deeper will be in your heart ”.
Kelebihan era 21 adalah pencarian
ilmu di hujung jari dengan menggunakan pelbagai search engine. Just click then
the information will come out. Tetapi
pastikan ilmu yang dicari adalah dari sumber yang betul serta perlu rujukan
sekiranya menemui kemusykilan.