Saturday 21 July 2012

Kenikmatan Bulan Ramadahn

Hari ini 21/6/12 bersamaan 1 Ramadhan, semua umat Islam di Malaysia dan negara-lain yang sewaktunya mula berpuasa. Baik kanak-kanak sampai kepada golongan emas berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga.  Sesungguhnya orang-orang  yang berpuasa adalah golongan yang menambah keimanan dan ketaqwaan. Bagaimana boleh kita mengecapi kenikmatan berpuasa? Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.  Maka adalah amat rugi bagi kita yang hanya berbuat demikian.  Kerana Allah telah berjanji dengan penganugerahan bulan ramadhan yang penuh dengan kebarakan.  Sesiapa yang tidak mencuba untuk mengecapi kenikmatan Ramadhan, maka rugilah kepada mereka ini yang hanya mendapat kelapran dan dahaga.  Nikmat paling  utama bagi seseorang Islam adalah beragama Islam dan iman.  Sekiranya kita sebagai orang Islam tiada iman, maka bagaimana kita nak beribadat kepada Allah.  Bagaimana nak kerjakan solat terawikh? Bagaimana nk keluar zakat? Begitu juga dengan solat terawikh? Berapa rakaat yang afdhal samada 8 atau 20 ? Masing-masing masih mengatakan mereka adalah terbaik walaupun membuat 8 atau 20. Perbalahan isu ini boleh membawa kepada pepecahan umat Islam.  Sedangkan memakmurkan dan menyepadu dalam Islam adalah wajib sedangkan sunat terawikh adalah sunat. Menurut Us. dalam program Tanya lah Ustaz: Yang paling afdhal dalam mengerjakan solat terawikh adalah bagaimana tahap keikhlasan kita mengerjakan nya.  Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk memenuhi setiap saat di bulan Ramadhan ini dengan amalan yang bermafaat  seperti banyak bersedekah, membaca Al Quran, mengerja solat sunat, berzikir dan pelbagai aktiviti.

Doa berbuka puasa:







Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa, dan dengan Engkau aku beriman  dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.



Thursday 12 July 2012

Menyambut ramadhan al mubarak

Insya-Allah umat islam akan menyambut 1 Ramadhan pada hari Sabtu (21/7/12).  Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh setiap orang baik Islam atau bukan Islam.  Kerana bulan Ramadhan merupakan Penghulu segala bulan dan mempunyai penuh kebarakahan.  Nabi S.A.W. telah mengatakan sekiranya umat Islam mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, maka diminta supaya setiap bulan dijadikan Ramadhan.  Di bulan Ramadhan kita berpeluang untuk mendapat satu malam yang dikenali sebagai Lailatul Qadr.  Sesiapa yang mengerjakan ibadat pada malam ini akan diberi ganjaran bersamaan dengan 1000 bulan. Malam lailatul qadr hanyalah akan diberikan kepada sesiapa yang betul-betul bertaqwa kepada Allah.  Sebulan Ramadhan di bahagikan kepada 3 fasa.  Fasa 1 adalah permulaan. Analogi yang mudah semua orang berlumba-lumba ingin mendapat kerberkatan Ramadhan pada fasa ini. Kemudian di Fasa kedua dikenali sebagai pertengahan. Di waktu ini masjid & surau telah beransur berkurangan berbanding dengan fasa pertama yang penuh dengan makmun sehinggakan pihak masjid terpaksa membentang tikar di luar perkarangan masjid.  Tetapi malangnya fasa II umat Islam pula sibuk dengan persiapan raya, baju raya, kuih raya, rumah raya dan macam2 raya hinggakan reban ayam pun nak di rayakan.  Maka di saat Fasa ke 3, hanyalah tinggal makmun yang betul2 menghayati Ramadhan.  Seperti diperingkat final, hanya dua pasukan sahaja yang berjaya meneruskan perjuangan berbanding dengan peringkat awal.

Jadi kali ni marilah kita berazam sepenuhnya untuk menuai sebanyak mungkin kelebihan Ramadhan kali ni. Penghisap rokok tegar boleh mengambil peluang ini dengan memasang niat ikhlas untuk berhenti terus dari merokok. Sebenarnya semua perokok boleh berhenti ..cuma mind set kita yang kata tak boleh, sebab tak ada benda ditangan dan tiada pula asap dimulut.  Disamping itu, kita juga boleh berazam untuk mengerjakan solat secara berjemaah. Pastikan kita sentiasa berada di saf pertama.  Banyak-banyak bersedekah di buklan ramadhan ini.  Setiap sedekah diganti oleh Allah 10 x ganda.  Satu-satunya bisness yang tiada rugi nya kerana telah dijanji oleh Allah.  Cuma kita tak tersedar bagaimana Allah mengembalikan kepada kita wang sedekah tadi.  Adakah dalam bentuk wang juga, atau berbentuk kesihatan, atau berbentuk anak soleh atau berbentuk ketenangan.

Oh ya...bagaimana pula orang bukan Islam juga menanti-nanti Ramadhan.  Kepada peniaga, mereka memang menunggu bulan ni kerana setiap umat Islam akan belanja dalam purata paling kurang RM200.  Sebagai contoh penjual air mengatakan dibulan Ramadhan mereka boleh mendapat keuntungan sebanyak RM400~500 bersih.  Yang kedua, mereka ini akan dapat merasai segala makanan baik kuih, lauk pauk, dan pelbagai air. 

Thursday 5 July 2012

Menambah pahala sunat pada hari Jumaat



Hari Jumaat merupakan hari besar atau dikenali sebagai penghulu segala hari.  Tidak berlakunya kiamat melainkan pada hari Jumaat.  HAri Jumaat yang besar penuh dengan barakah.

 Dari Ibnu Abbas  bahwa Nabi Muhammad  bersabda, “Sesungguhnya hari ini adalah hari raya, Allah menjadikannya istimewa bagi kaum muslimin, maka barangsiapa yang akan mendatangi solat jumaat maka hendaklah dia mandi.” (Ibnu Majah no: 1098)

Oleh itu marilah kita merebut peluang yang masih ada dengan menambah pahala sunat pada amalan harian kita.  Sbg contoh ketika mandi pada hari Jumaat, sekiranya sekadar mandi tanpa memasang niat sunat mandi Jumaat, maka terlepas peluang untuk mendapat pahala tersebut.  Selain daripada itu, umat Islam juga disunatkan supaya membersih diri dengan memotong kuku, memotong bulu, memotong misai, berpakaian bersih serta wangi-wangian seperti  Nabi Muhammad S.A.W amalkan. 

 Disunnahkan menggunakan minyak wangi dan siwak, memakai pakaian yang terbaik. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Abi Sa’id Al-Khudri dan Abi Hurairah  bahwa Nabi Muhammad  bersabda, “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai siwak, memakai pakaian yang terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya, memakai pakaian yang terbaiknya kemudian mendatangi masjid sementara dia tidak melangkahi bahu orang lain sehingga dia ruku’ (solat) sekehendaknya, kemudian mendengarkan imam pada saat imam berdiri untuk berkhutbah sampai dengan selesai solatnya maka hal itu sebagai penghapus dosa-dosa yang terjadi antara Jumaat ini dengan hari Jumaat sebelumnya.” (HR. Imam Ahmad: 3/81)

Antara amalan sunat lain yang boleh dilakukan adalah memperbanyak selawat keatas Nabi S.A.W.

Sabda Nabi  dari Aus bin Aus, “Hari terbaik anda adalah pada hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dicabut nyawanya, pada hari itu akan terjadi tiupan sangkakala, pada hari itu dimatikannya seluruh makhluk pada hari kiamat, maka perbanyaklah membaca selawat bagiku sebab selawat kamu didatangkan kepadaku”. Mereka bertanya, “wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami didatangkan kepadamu padahal dirimu telah menjadi tulang belulang yang telah reput? Atau mereka berkata: Engkau telah repuk mejadi tanah?. Maka Nabi Muhammad  S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah  telah mengharamkan kepada bumi memakan jasad para Nabi ‘alaihimus shalatu was salam.” ( HR. An-Nasa’I no: 1374)

Di riwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Nabi Muhammad  bersabda: “Perbanyaklah membaca shalawat bagiku pada hari Jumaat dan malam Jumaat, sebab barangsiapa yang membaca selawat kepadaku satu selawat saja maka Allah  akan membaca selawat kepadanya 10x selawat”. (HR. Al-Baihaqi 3/249 no. 5790)

Rujukan Madinah Surakarta (6/6/12)