Minggu ini sangat sibuk dengan projek sarjana muda(PSM) pt 1. Part 1 mengandungi chap introduction, literature dan methodology. Kebanyakan pelajar masih baru dalam penyelidikan. jadi banyak lah perkara yang perlu ditunjuk ajar kepada mereka supaya dapat memahami bagaimana penyelesaian permasalahan dapat di atasi dengan penambahbaikan, pembaharuan atau cadagan idea. Pada tahun ni seramai 6 enam orang pelajar di bawah penyeliaan. 5 orang pelajar telah dipertanggungjawab untuk membuat kajian di beberapa SME terpilih. Di antara topik-topik yang terpilih adalah seperti penggunaan VSM, 7QC tools, lean manufacturing, simulation dan DFMA. Keutamaan pada semester ini adalah pembacaan literature. kefahaman literature sangat membantu kepada pelajar untuk membuat kajian dengan lebih berkesan. Berapakah jumlah pembacaan journal harus dilakukan? Memang soalan ini beberbentuk subjektif...lagi banyak pembacaaan lagi mudah untuk memahami ...so nk tk nk mesti membaca lebih banyk. Kali ni aku telah menyaran setiap pelajar supaya dapat membaca sekurang-kurangnya 20 journal. Pembacaan journal ini insya-Allah akan membantu mereka untuk menyiap PSM 2 dgn lebih mudah dan berkesan. Semasa semakan PSM1 , beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan mentaksir objektif kajian. Setengah-tengah pelajar meletak sebanyak 5 objektif, bercampur aduk objektif dan skop..Objektif merupakan sasaran kajian ....apakah yang hendak dicapai dan bagaimana penentuan atau pengukuran yang akan digunakan untuk menentukan objektif tercapai. Objektif mestilah spesifik, dapat diukur, realistik dengan masa yang ada. Manakala skop pula adalah ruang lingkup kajian yang hendak dibuat. Kesilapan skop boleh mengakibatkan kajian boleh tersasar dari objektif dan masa. Objektif kajian perlu ditulis dalam topik pengenalan. Kefahaman objektif memebri kelebihan kepada pelajar untuk membuat kajian secara tepat.
Kajian literature juga boleh membantu pelajar untuk menetapkan objektif kajian berpandu kepada penulisan yang lepas. Advantage kepada pelajar yang membuat kajian literature adalah mampu untuk membuat perbandingan di antara kajian yang dibuat dengan kajian lepas, seperti apakah variable yang digunakan, bagaimana kajian dilakukan, berapakah sample yang digunakan, bagaimanakah keputusan yang telah di capai, apakah langkah-langkah kawalan yang perlu dilakukan..Oleh sbb itu saya selalu menyaran kpd pelajar supaya cuba membaca bahan yang relevan dengan kajian. (to be continued)
Thursday, 6 December 2012
Friday, 23 November 2012
Tips menjadi usahawan
Ramai di kalangan kita ingin menjadi usahawan. Tetapi kebanyakan gagal untuk mencari produk atau perkhimatan yang perlu di berikan. Bagaimana sesorang usahawan berjaya menjadi usahawan yang berjaya seperti Syed Bukhari, Sani atau sesiapa saja yang dikalangan rakan-rakan kita. Kadang-kadang mereka ini tidak memiliki kelayakan sampai peringkat Ijazah atau Sarjana. Kebanyakan usahawan yang telah berjaya memiliki sikap berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan mereka juga mampu melihat apa yang berada di hadapan. Tak kira apa perniagaan samada besar dan kecil, semuanya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan usaha. Pada hari ni kita boleh tengok sudah ramai kalangan bumiputera yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Tips yang pertama untuk menjadi usahawan adalah mengenali produk dan siapakah pelanggan kita. Untuk mengurangkan persaingan kita perlu mencari keunikan produk kita berbanding produk yang berada di pasaran. Sebagai contoh penyediaan homestay. Boleh dikatakan setiap taman terdapat 2-3 buah homestay. Kebiasaan homestay menyediakan bilik beserta aircond, astro, dapur dan sebagainya, hampir kesemua mempunyai asas yang sama. Sepatutnya sebagai pengusaha homestay baru perlu memikir kelainan sedikit seperti penyediaan besertakan breakfast. Kalau satu keluarga harga makan pagi lebihkurang dalam RM10-15 , simple tapi boleh memberi kelainan daripada homestay lain. Kos makan pagi boleh dimasukan sekali dalam harga sewa. Selaian daripada itu pengusaha homestay juga boleh menwar package "sightseing" ronda-ronda di kawasan perkampungan atau sebagainya.
Tips kedua usahawan perlu mempunyai "cash flow" yang baik. Perlu pandai mengurus wang, dengan membelanja kepada yang perlu sahaja. kelemahan mengawal cash flow boleh menyebabkan perniagaan kita tidak akan bertahan lama. Walaupun mempunyai cash flow yang kecil, ttp sekiranya memperuntukan secara cekap insya-Allah pengurusan perniagaan mampu bertahan dan berkembang. Sebagai contoh syarikat Toyota bermula dengan modal kecil, boleh bertahan sampai kepada hari ini. Pengeluaran berpandukan kepada permintaan sahaja. Simpanan stok perlu ditahap paling minima- Zero inventory.
Tips ketiga pula bagaimana kita mempromosi produk. Melalui media, elektronik, banner dan sbg nya. Pada hari ini sangat mudah untuk mempromosi produk dengan bayran yg rendah atau percuma. Ramai kalangan usahawan kecil mengunakan IT seperti melalui facebook, twitter, blog, email dan sbgnya. Mengikut statistik promosi secara IT adalah lebih cepat berbnading secara tradisional. Walaubagaimana pun follow up juga mesti dilakukan krn kita selalu lupa selepasa beberapa jam melihat sesuatu samada iklan atau sebagainya.
Tips keempat pula penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan mestilah tahap secara cekap dan sistematik. Sebarang complain perlu diambil tindakan segera...sekiranya tk sempat..mesti beritahu kepada pelanggan. Hubungan dengan pelanggan perlu dijaga. Jangan keterlaluan menunjuk yang kita lebih pandai dari mereka. Sentiasa memerima pandagan mereka.
Tips kelima pula adalah mencari tempat yang agak strategik. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran tempat strategik ttp sewa yang agak tinggi. Kesan sewa yg tinggi boleh menyebakan cash flow terbantut. Oleh itu pastikan perbelanjaan yang akan dibuat tidak mengakibatkan cash flow kita menyimpang dari perancagan asal.

Wednesday, 14 November 2012
Kemaman ke Johor melaui Mersing
Perjalanan menuju ke Johor melalui Mersing. Perjalanan bermula jam 10 pagi dari Kemaman dan sampai di Johor dalam pukul 6 ptg. Perjalanan santai dengan melihat keindahan bumi ciptaan Allah. Bermula dari Kemaman - Pekan - Rompin - Mersing - Johor. Jarak perjalanan lebih kurang 360km ++. Cuaca pada hari ni sangat baik dengan kadang kala di sulami hujan terutamanya di Endau-Rompin. Keadaan jalan boleh dikatakan baik tetapi bentuk jalanraya yang berbukit-bukit bercampur dengan selekoh tajam. Setelah penat memandu, kami berhenti di Mersing sebelah Jeti Mersing untuk minum air di sana. Kemudian jam 4 ptg kami teruskan perjalanan menuju ke Johor.
Friday, 26 October 2012
Ibadah qurban pada Tahun 1433
Hari ni 11 Zulhijah 1433, hari kedua Raya Aidil Adha. Sebanyak 3 ekor lembu di sembelih sebagai ibadat qurban dan ada juga yang membuat aqiqah. Alhamdullilah kesemua lembu dapat diselesaikan pada jam 11.00 pagi. 1 bahagian lembu di sini harganya lebih kurang RM500. Secara average setiap bahagian dapat dalam 12-15 kg daging. Acara qurban memang seronok dijalankan dengan penglibatan masyarakat sekeliling. Kepakaran pelapah amat diperlukan terutamanya untuk memisah daging daripada kulit dan tulang. Di samping bahagian lain yang perlu berhati-hati adalah kawasan najis lembu yang kadang bocor disebabkan kurang kemahiran. Ibadat qurban memang dituntut dalam Islam dengan sokongan dalil seperti di bawah;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi
engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat
kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu
(sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Serta disokong dengan hadis
“Tidak ada satu amalan anak Adam di
hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada
menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di
hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke
atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan
tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah
olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat
Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi )
Walaubagaimana pun niat seseorang dalam ibadat qurban mestilah ikhlas. Menurut para ustaz yang mengajar agama mengatakan pahala ibadat qurban adalah lebih besar daripada sedekah. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk mengambil kesempatan ini supaya dapat mengambil aktiviti ini pada setiap tahun. Secara ringkas nya lebih kurang RM1.50-2.00 sehari sahaja kos utk 1 bahagian qurban.
| Si koko yang telah di qurban |
| si hitam |
| kerja-kerja melapah |
| Cg Usop main organiser utk ibadah qurban |
| memisah daging daripada tulang |
Wednesday, 24 October 2012
Wukuf di Padang Arafah
Hari ni jemaah haji akan berangkat ke Padang Arafah untuk mengerjakan wukuf pada 9hb Zulhijah. Suasana malam di Padang Arafah akan kedengaran jemaah haji membaca al quran dan juga tazkirah serta zikir. Memang amat terasa dan masih mengingati Padang Arafah walaupun tidak berada di sana. Kemuncak haji akan dirasai bermula di Padang Arafah dengan limpahan umat Islam dari serata pelusuk dunia berkumpul disini. Kelihatan semua umat Islam berpakaian ihram bersih suci dan putih. Padang Arafah adalah salah satu tempat doa-doa yang akan dimakbulkan oleh Allah. Oleh itu jemaah-jemaah haji digalakan melakukan banyak doa di sini. Gunalah masa yang ada di sini utk berdoa, zikir, talbiah. Pada 9 zulhijah. kutbah wukuf akan dibacakan oleh imam dengan peringatan supaya umat islam sentiasa bertakwa kepada Allah. Jemaah haji dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dengan suasana di sini. Pelbagai dugaan akan terasa. Keadaan infra memanglah tdk dapat utk menampung jemaah haji yang berjuta-juta, tetapi insya-Allah dengan bersikap sabar dan sentiasa menyerah kepada Allah, maka segala kesusahan akan menjadi ringan. Bilangan tandas amat kurang. Kekurangan ini boleh di atasi dengan setiap orang hanya menggunakan dengan masa yang terhad. Kebiasaan waktu yang paling peak adalah subuh. Ada yg nak mandi, ada juga yang membasuh kain. Oleh itu kita disarankan supaya bangun terlebih awal untuk tidak berebut deang jemaah lain. Kepada umat Islam yang tidak berada di padang arafah di sunat kan untuk mengejakan puasa pada 9 Zulhijah. Di akhir kata kepada kita yang tidak berada di Tanah Suci supaya dapat menghayati sejarah ibadat qurban dan sama-sama menjayakan aktivit-aktiviti qurban.
Sunday, 14 October 2012
Membuka dan memasang tombol pintu
Perkara seumpama ini sentiasa terjadi kepada kita. Kadang-kadang kunci tertinggal didalam, kunci rosak dan pelbagai lagi. Yang penting bagaimana nak membukanya. Cara paling mudah adalah dengan menggunkan kad terpakai atau kad diskaun atau yang sebentuk dengan nya. Yang penting mestilah keras dan flexible (boleh di tolak mengikut arah pintu). Tetapi aku menggunakan scrapper yang biasa digunakan untuk mengikis cat atau kekotoran di lantai.
Perlu dimasukan kecelah pintu supaya penyendal pintu dapat ditolak kedalam. Sekiranya tombol rosak , maka kena lah ganti dengan yang baru. Harga di kedai hardware lebih kurang RM15-RM35, tengok jenama dan buatan mana. Cara nak membuka tombol pula perlulah pengetahuan serba sedikit. Insya-Allah saya cuba permudahkan penggunaan ayat agar pembaca dapat menukar tombol sendiri.
Langkah Pertama
Mencari lubang kunci tombol (sebelah dalam) seperti di gambar di bawah. Gunakan screw driver kecil atau paku untuk menekan kedalam sambil memulas tombol pintu sehingga tombol tercabut.
Kemudian, keluarkan penutup yang melekat pada daun pintu dengan menggunakan screw driver atau sebagainya seperti gambar dibawah.
Seterusnya buka kedua-dua screw yang mengikat tombol dan keluarkan penutup tersebut seperti gambar di bawah.
Langkah berikut nya tarik tombol secara perlahan-lahan dari pintu seperti gambar di bawah.
Kemudian terakhir skali barulah membuka penyendal tersebut. Sekianya nak memasang pula, langkah yang di atas haruslah di reverse iaitu dengan ;
i) memasang penyendal kedalam lubang pintu.
ii)memasukan tombol luar dengan memastikan tombol tersebut memasuki join pada penyendal spt gambar di bawah;
Bentuk join adalah spt huruf T, utk menyangkut penyendal dgn tombol. Pastikan tombol pintu dapat menggerakan penyendal (menguji pemasangan betul atau salah). Sekiranya, penyendal tidak dapat digerakan, ini menunjukan pemasangan adalah salah.
Kemudian, masukan pring penutup dan ketatkan screw seperti gambar di atas.
Akhir sekali masuk penutup pada daun pintu dan tombol seperti gambar di bawah. Kedudukan tombol mestilah betul dengan lubang kecil berada pada lubang yang didalam.
.
Insya-Allah dengan panduan ringkas, anda mampu menukar sendiri.
Perlu dimasukan kecelah pintu supaya penyendal pintu dapat ditolak kedalam. Sekiranya tombol rosak , maka kena lah ganti dengan yang baru. Harga di kedai hardware lebih kurang RM15-RM35, tengok jenama dan buatan mana. Cara nak membuka tombol pula perlulah pengetahuan serba sedikit. Insya-Allah saya cuba permudahkan penggunaan ayat agar pembaca dapat menukar tombol sendiri.
Langkah Pertama
Mencari lubang kunci tombol (sebelah dalam) seperti di gambar di bawah. Gunakan screw driver kecil atau paku untuk menekan kedalam sambil memulas tombol pintu sehingga tombol tercabut.
Kemudian, keluarkan penutup yang melekat pada daun pintu dengan menggunakan screw driver atau sebagainya seperti gambar dibawah.
Seterusnya buka kedua-dua screw yang mengikat tombol dan keluarkan penutup tersebut seperti gambar di bawah.
Langkah berikut nya tarik tombol secara perlahan-lahan dari pintu seperti gambar di bawah.
Kemudian terakhir skali barulah membuka penyendal tersebut. Sekianya nak memasang pula, langkah yang di atas haruslah di reverse iaitu dengan ;
i) memasang penyendal kedalam lubang pintu.
ii)memasukan tombol luar dengan memastikan tombol tersebut memasuki join pada penyendal spt gambar di bawah;
| lubang untuk menyambung tombol dengan penyendal |
| Kedudukan join pada penyendal (gambar krg terang) |
Kemudian, masukan pring penutup dan ketatkan screw seperti gambar di atas.
| ikat screw supaya tombol luar dan dalam terikat |
Akhir sekali masuk penutup pada daun pintu dan tombol seperti gambar di bawah. Kedudukan tombol mestilah betul dengan lubang kecil berada pada lubang yang didalam.
| pastikan penutup ini memasuki dibahagian yang betul (dawai tersebut akan keluar melalui lubang spt dlm gambar) |
.
Insya-Allah dengan panduan ringkas, anda mampu menukar sendiri.
Friday, 5 October 2012
Pertandingan PGMC kat Sepang
Terdapat 10 universiti akan bertanding di Sepang International Circuit pada 6-7 Okt 2012. Kejohanan ini di anjur oleh Proton, MAIHari ini merupakan hari pemeriksaan kereta dari keselamatan, pematuhan peraturan pertandingan, teknikal dan beberpa aspek lain. Setelah mendapat kelulusan barulah kereta-kereta ini dapat memasuki trek untuk memandu uji kereta. Pada permulaan setiap kereta diberi peluang untuk sprint test untuk jarak 5.5km. Kebanyakan kereta mampu melepasi saringan ini dengan ujian masa di antara 17-20 sec. Menurut maklumat yang diperolehi dari pegawai pertandingan , UMP-EV mendahului pasukan lain dengan catatan masa 17 sec dan dengan kelajuan 106 km/hr. Kemudian pandu uji seterusnya adalah memandu uji 2 lap. Pada ketika ini barulah kelihatan beberapa kereta yang tidak dapat menghabis kedua-dua pusingan disebabkan ketidaktahanan bateri atau aspek teknikal. Semua kereta mempunyai peluang yang sama untuk menang. Yang membezakan di anatara satu sama lain adalah ketahanan kereta dan cara pemanduan yang betul Ketidakcekapan pemanduan boleh menyebabkan ketahanan bateri cepat menjadi lemah. Kemeriahan di Sepang dirasai dengan pelbagai hiasan di pit-pit. Sampai ada yang menghias dengan bunga-bunga.
Subscribe to:
Posts (Atom)