Wednesday 1 February 2012

Kisah beruang dengan seekor ikan -sedutan daripada radio IKIM

Tiap-tiap hari siberuang akan kesungai untuk mencari rezekinya dengan menangkap ikan. Pada hari tersebut air sungai sangat cetek dan tak kelihatan seekor ikan pun bermain ditepian. Beruang tetap bersabar menanti kedatangan ikan.  Tiba-tiba muncul seekor anak ikan yang meloncat-loncat dan terus disambar oleh siberuang. Lalu si anak ikan merayu kepada siberuang supaya dia dilepaskan. Lantas siberuang bertanya kepada si ikan, kenapa dia perlu dilepaskan. Si ikan menjelaskan yang dia masih kecil dan sekiranya dimakan..ianya hanyalah akan  melekat dicelah-celah gigi sahaja. Si ikan berjanji sekiranya dilepaskan, dalam tempoh 2 bulan ketika beratnya sudah bertambah... dia akan datang ke situ.  Sekiranya pada masa tersebut siberuang nak memakan nya dah ok sebab badannya telah berisi.  Lalu siberuang bertanya kepada si ikan tahukah kenapa badan nya bersaiz besar.  Menurut beruang, badan nya bersaiz besar kerana dia tidak pernah melepaskan sebarang mangsanya samada kecil atau besar.  Kesemuanya dia akan makan....


So moral cerita ini adalah kita perlu menyambut segala peluang yang datang samada kecil atau besar kerana peluang hanya datang sekali sahaja.  Kebiasaanya dari peluang yang kecil datangnya peluang yang lebih besar. Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang yang terbentang di depan mata.. agar kita akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat..insya-Allah...

No comments:

Post a Comment