Friday 16 December 2011

Pelaksanaan 5S Part 1

5S merupakan amalan beterusan di syarikat-syarikat Jepun. Ia merupakan asas kepada sebarang sistem pengurusan samada TQM, LM, JIT dan sbg nya. Apakah 5S? 5S merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi untuk menampakkan segala aktiviti dengan jelas tanpa ada sebarang yang melindungi dari masalah. Langkah-2 yang perlu diambil adalah;
  • Seiri (sisih): kerapian, penyusunan. Menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan peralatan atau bahan yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang sekiranya tiada keperluan.
  • Seiton (susun): keteraturan. Menyusun secara sistematik untuk mudah dicari dan dicapai. Perlu ada di tempat yang telah ditetapkan, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  • Seiso (sapu): kebersihan. Memastikan tempat kerja sentiasa bersih.
  • Seiketsu (seragam): piawai. Sentiasa dalam kawalan dan pemantauan. Pemantauan perlu dilakukan demi memastikan amalan ini berterusan. Perlu dijadikan dalam amalan kerja
  • Shitsuke (sentiasa amal): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari..
  •  
  • Dalam kajian pelaksanaan 5S, didapati kesemua 8 syarikat automotif yg dilawati mengamalkan 5S. Peringkat permulaan mereka mengutamakan kepada 3S dahulu iaitu sisih, susun dan sapu. 2S lg akan dijalankan setelah 3S ini berjaya diamalkan dengan berkesan.  Kenapa di negara Jepun 5S boleh dilaksnakan dgn mudah dn berkesan. Salah satu dapatan dalam journal mengatakan perkara ini telah dijadikan amalan mereka sejak daripada peperangan dunia kedua lg. Oleh itu kalau kita pernah melawat negara Jepun, kita boleh melihat bagaimana mereka begitu sivik dalam menjaga pembuangan sampah seperti menyimpan sampul gula-2 didlam poket seluar sebelum menemui tong sampah.  Begitu dijalanraya, jarang kita melihat mereka membuang sampah di atsa jalanraya berbanding dgn negara kita yg boleh dilihat dimana-mana, pembuangan sampah.

  • Walau bagaimanapun dalam penulisan ini saya ingin menekankan kaedah pelaksanaan 5S secara berkesan. Yang paling utama adalah penerimaan konsep ini oleh pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu sekurang-kurangnya spend masa di bahagian pengeluaran untuk meninjau perjalanan production samada dalam berkeadaan baik atau bermasalah. Ini lah yang telah dipraktiskan oleh MD-2 di syarikat Jepun. Begitu juga dikilang Hitachi(M), Bangi semasa penulis bekerja disana pada tahun 1989~1993. Boleh dikatakan setiap minggu MD turun ke bahagian production untuk meninjau atau memerhatikan apa yang sedang berlaku.  Kaedah ini juga dipraktiskan oleh Taichi Ohno di Toyota untuk melihat dan mencari penambahbaikan yang perlu dilaksanakan demi kemajuan syarikatnya. Kelebihan peninjauan ini  mampu untuk kita melihat sebarang kelemahan semasa pengeluaran samasa kekurangan pekerja, cara bekerja yg kurang efektif, suasana (panas, bising ), WIP tinggi, delay penghantaran material dan sbgnya boleh dilihat di kawasan production.
  • memberi taklimat kepada semua pekerja tentang kelebihan 5S. Sekiranya syarikat berkemampuan, digalakan agar dapat memberi sedikit insentif kepada pekerja supaya mengamalkan 5S dengan bersungguh-sungguh. Insentif boleh berbentuk kewangan, perkelahan, makan berkumpulan atau sebagainya yang bersesuian dengan syarikat masing-masing.
  • melantik koordnator supaya dapat memantau perjalanan 5S. Koordinator perlu mempunyai target pelaksanaan. Usaha ini memantau dengan berkesan dimanakah pencapaian sekarang.
  • pelaksanaan 5S boleh dijalankan di seksyen pilihan dahulu.  Kejayaan yg akan dikecapi di bahagian ini boleh di adapkan kepada sekyen lain pula.
  • setiap pekrja perlulah memberi komitmen dan penglibatan secara menyeluruh dalam aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment