Saturday, 5 October 2013

Mempelajari teknik fotografi

Sekarang ni sedang mengikuti program fotografi dibawah progam ECER. Program ni mengambil masa selama 16 minggu. Dua orang tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang fotografi di beri tugas untuk mengajar dan memastikan setiap peserta mampu menghasil gambar yang berkualiti. Pada hari pertama penekanan diberikan berhubung butang kawalan kamera seperti dialer Shutter, ISO, Aperture, Metering, WB, Snap, Exposure reading dan pelbagai lagi.  Peringkat awal memang terasa terkial-kial mencari butang walaupun telah mengguna kamera D90 hampir 2 tahun. Kemudian pada hari kedua diberi tunjuk ajar mengenal kawalan ISO, aperture dan shutter speed.  Kepada novice macam kita orang yg baru dalam fotografi memang tercari-cari kombinasi yang sesuai utk menghasilkan gambar terbaik.  Secara ringkas;

ISO: di ibaratkan sebagai lampu.  Sekiranya keadaaan cuaca gelap maka kita memerlukan lampu yg banyak untuk menerangi kawasan tersebut.  Oleh itu kita perlu menggunakan ISO yang tinggi.  Dalam bahasa kamera ISO ini diibaratkan sebagai kepekaan kepada cahaya.  Sensitif kepada cahaya yang dibenarkan masuk.  Kebiasaan ISO yang digunakan di antara 100-800.  Ttp ianya bergantung kepada keadaan sekeliling.  semakin tinggi ISO yang digunakan , semakin tinggi kuasa bateri digunakan.

Shutter speed : Elemen ini adalah untuk mengawal kelajuan pintu cahaya dibuka.  Sekiranya dibuka lama seperti 1, 2, seconds maka gambar akan kelihtan blur.  Tetapi sekiranya digunakan di tempat yang sesuai maka gambar akan kelihatan menarik.

Aperture :  Elemen ini pula berkaitan dengan depth of field.  Nilai f kecil memberi bukaan yang besar dan hanya memfokus kepada objek yang disasarkan manakala backgound atau foreground akan kelihatan blur. Nilai f kecil sangat sesuai kepada gmabr potret seperti gambar pengantin.  Manakala nilai f besar pula untuk pengambilan gambar landscape.  Nilai f besar akan memberi ketajaman kepada objek dan keadaan sekeliling.   

Di Teluk Mak Nik pada 21/9/13

Friday, 10 May 2013

Pasca PRU13

Sudah lama tak update blog.  Kali ni cerita yang masih hangat dibincang melalui media adalah PRU13.  Seperti diketahui umum BN masih lagi diberi mandat untuk memerintah Malaysia dengan mendapat 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi.  Pelbagai reaksi yang timbul selepas pilihanraya seperti ketidakpuasan terhadap keputusan disebabkan beberapa insiden yang hangat dibincangkan seperti pengundi Bangla, "blackout" , peti undi dikeluarkan.  Faktor-2 sebegini perlu ditangani SPR secepat mungkin supaya orang awam boleh mempercayai institusi ini. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi atau cerita sebegini hanya rekaan sahaja.  Melalui youtube atau facebook terdapat rakaman yang menunjuk insiden ini. 
Walaubagaimana dalam sesebuah parti yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diwartakan boleh membuat bantahan melalui petisyen dalam tempoh 21 hari (perlu semak). PR telah mengatakan hampir 30 kerusi akan dibuat bantahan melalui petisyen tersebut.  Suasana PRU13 pada tahun ini sangat meriah dengan pelbagai replika dibina oleh penyokong kedua-dua parti.  Di antara nya handback, cincin, kapalselam, meriam, jet, kereta kebal, buaya, lock-up dan macam-macam lagi. 
Menurut SPR secara purata peratusan keluar mengundi adalah 80%.  Beberapa kerusi panas yang dipertandingan diantara PR dan BN seperti kerusi Putrajaya, Gelang Patah, Lembah Pantai, Nusajaya, dan beberapa tempat lagi.

YM Raja Bahrin wakil Parlimen KT

Pergorbanan seorang pengundi

Masih sempat menampal di kereta angkut pengundi

Kempen Anak Muda "Ini Kalilah" di Cukai 

Si buaya untuk membaham ....

Flash mod di Cukai

Jet pejuang pun ada

Kemeriahan bendera di bandar Cukai

Hari pekerja

Saturday, 20 April 2013

Hari pencalonan PRU 13

Sudah lama tak update blog.  Hari ni perlu update bersempena dengan kemeriahan penamaan calon PRU 13 di Kemaman.  Di Kemaman kesemua kerusi hanya di pertandingan di antara PAS dan BN, kecuali di DUN Kemasik terdapat tiga calon yang mewakili BN, PAS dan Parti Ikan (kalu tk silap mcm tu lah bunyinya).  Kesemua calon berjaya melepasi syarat-syarat sebagai calon. Hari ni bermula lah kempen pilihanraya secara terbuka oleh kesemua parti bertanding.  Risikan kali ini banyak meletakan beberapa kerusi yang dikategorikan sebagai kerusi panas .  Sekarang boleh dikatakan rakyat Malaysia lebih prihatin berbanding dengan10-20 tahun yang lepas terhadap pilihanraya.  So persoalannya sekarang parti manakah yang berjaya menguasai PUTRAJAYA? Sama-samalah kita menanti pada 5hb Mei 2013 nanti....






Thursday, 20 December 2012

Pelajar OSHA minggu ke 14

Hari ni dijalankan pembentangan subjek OSHA. Sebanyak 7 kumpulan membentang hasil kajian dan penambahbaikan terhadap keselamatan. Di samping itu setiap kumpulan juga dikehendaki menghasilkan poster bersaiz A3.  Objektif projek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada "hazard" yang akan terjadi sekiranya cuai terhadap keselamatan pekerja.  Pengajaran subjek ini banyak menggunakan kaedah "sharing".  Setiap pelajar diberi peluang untuk menyampai pandangan kepada setiap isu yang dibincangkan.  Secara keseluruhan kaedah ini sangat mafaat untuk memberi kesedaran dan kepentingan terhadap aspek keselamatan. Penilaian subjek ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu tugasan, ujian dan projek. Lawatan industri juga akan di adakan selepas peperiksaan akhir.  Gabungan pengajaran dalam kelas dan lawatan akan memberi impak yang tinggi untuk memahami subjek OSHA.


Sesi pembentangan daripada kumpulan yang terakhir

Posing selepas pembentangan

Masih berposing

Be cool...

Thursday, 6 December 2012

Kesibukan dengan PSM

Minggu ini sangat sibuk dengan projek sarjana muda(PSM) pt 1.  Part 1 mengandungi chap introduction, literature dan methodology. Kebanyakan pelajar masih baru dalam penyelidikan. jadi banyak lah perkara yang perlu ditunjuk ajar kepada mereka supaya dapat memahami bagaimana penyelesaian permasalahan dapat di atasi dengan penambahbaikan, pembaharuan atau cadagan idea.  Pada tahun ni seramai 6 enam orang pelajar di bawah penyeliaan. 5 orang pelajar telah dipertanggungjawab untuk membuat kajian di beberapa SME terpilih. Di antara topik-topik yang terpilih adalah seperti penggunaan VSM, 7QC tools, lean manufacturing, simulation dan DFMA.  Keutamaan pada semester ini adalah pembacaan literature.  kefahaman literature sangat membantu kepada pelajar untuk membuat kajian dengan lebih berkesan.  Berapakah jumlah pembacaan journal harus dilakukan?  Memang soalan ini beberbentuk subjektif...lagi banyak pembacaaan lagi mudah untuk memahami ...so nk tk nk mesti membaca lebih banyk.  Kali ni aku telah menyaran setiap pelajar supaya dapat membaca sekurang-kurangnya 20 journal. Pembacaan journal ini insya-Allah akan membantu mereka untuk menyiap PSM 2 dgn lebih mudah dan berkesan. Semasa semakan PSM1 , beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah kesilapan mentaksir objektif kajian.  Setengah-tengah pelajar meletak sebanyak 5 objektif, bercampur aduk objektif dan skop..Objektif merupakan sasaran kajian ....apakah yang hendak dicapai dan bagaimana penentuan atau pengukuran yang akan digunakan untuk menentukan objektif tercapai. Objektif mestilah spesifik, dapat diukur, realistik dengan masa yang ada.  Manakala skop pula adalah ruang lingkup kajian yang hendak dibuat.  Kesilapan skop boleh mengakibatkan kajian boleh tersasar dari objektif dan masa.  Objektif kajian perlu ditulis dalam topik pengenalan. Kefahaman objektif memebri kelebihan kepada pelajar untuk membuat kajian secara tepat. 

Kajian literature juga boleh membantu pelajar untuk menetapkan objektif kajian berpandu kepada penulisan yang lepas.  Advantage kepada pelajar yang membuat kajian literature adalah mampu untuk membuat perbandingan di antara kajian yang dibuat dengan kajian lepas, seperti apakah variable yang digunakan, bagaimana kajian dilakukan, berapakah sample yang digunakan, bagaimanakah keputusan yang telah di capai, apakah langkah-langkah kawalan yang perlu dilakukan..Oleh sbb itu saya selalu menyaran kpd pelajar supaya cuba membaca bahan yang relevan dengan kajian.  (to be continued)


Friday, 23 November 2012

Tips menjadi usahawan

Ramai di kalangan kita ingin menjadi usahawan.  Tetapi kebanyakan gagal untuk mencari produk atau perkhimatan yang perlu di berikan.  Bagaimana sesorang usahawan berjaya menjadi usahawan yang berjaya seperti Syed Bukhari, Sani atau sesiapa saja yang dikalangan rakan-rakan kita.  Kadang-kadang mereka ini tidak memiliki kelayakan sampai peringkat Ijazah atau Sarjana.  Kebanyakan usahawan yang telah berjaya memiliki sikap berani dalam mencuba sesuatu yang baru dan mereka juga mampu melihat apa yang berada di hadapan.  Tak kira apa perniagaan samada besar dan kecil, semuanya memerlukan pengorbanan dari segi masa dan usaha.  Pada hari ni kita boleh tengok sudah ramai kalangan bumiputera yang telah berjaya dalam perniagaan masing-masing. Tips yang pertama untuk menjadi usahawan adalah mengenali produk dan siapakah pelanggan kita. Untuk mengurangkan persaingan kita perlu mencari keunikan produk kita berbanding produk yang berada di pasaran. Sebagai contoh penyediaan homestay.  Boleh dikatakan setiap taman terdapat 2-3 buah homestay. Kebiasaan homestay menyediakan bilik beserta aircond, astro, dapur dan sebagainya, hampir kesemua mempunyai asas yang sama.  Sepatutnya sebagai pengusaha homestay baru perlu memikir kelainan sedikit seperti penyediaan besertakan breakfast. Kalau satu keluarga harga makan pagi lebihkurang dalam RM10-15 , simple tapi boleh memberi kelainan daripada homestay lain.  Kos makan pagi boleh dimasukan sekali dalam harga sewa. Selaian daripada itu pengusaha homestay juga boleh menwar package "sightseing" ronda-ronda di kawasan perkampungan atau sebagainya.

Tips kedua usahawan perlu mempunyai "cash flow" yang baik.  Perlu pandai mengurus wang, dengan membelanja kepada yang perlu sahaja. kelemahan mengawal cash flow boleh menyebabkan perniagaan kita tidak akan bertahan lama. Walaupun mempunyai cash flow yang kecil, ttp sekiranya memperuntukan secara cekap  insya-Allah pengurusan perniagaan mampu bertahan dan berkembang.  Sebagai contoh syarikat Toyota bermula dengan modal kecil, boleh bertahan sampai kepada hari ini.  Pengeluaran berpandukan kepada permintaan sahaja.  Simpanan stok perlu ditahap paling minima- Zero inventory.

Tips ketiga pula bagaimana kita mempromosi produk.  Melalui media, elektronik, banner dan sbg nya.  Pada hari ini sangat mudah untuk mempromosi produk dengan bayran yg rendah atau percuma.  Ramai kalangan usahawan kecil mengunakan IT seperti melalui facebook, twitter, blog, email dan sbgnya.  Mengikut statistik promosi secara IT adalah lebih cepat berbnading secara tradisional.  Walaubagaimana pun follow up juga mesti dilakukan krn kita selalu lupa selepasa beberapa jam melihat sesuatu samada iklan atau sebagainya.

Tips keempat pula penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan mestilah tahap secara cekap dan sistematik.  Sebarang complain perlu diambil tindakan segera...sekiranya tk sempat..mesti beritahu kepada pelanggan.  Hubungan dengan pelanggan perlu dijaga.  Jangan keterlaluan menunjuk yang kita lebih pandai dari mereka. Sentiasa memerima pandagan mereka.

Tips kelima pula adalah mencari tempat yang agak strategik.  Jangan mudah terpedaya dengan tawaran tempat strategik ttp sewa yang agak tinggi. Kesan sewa yg tinggi boleh menyebakan cash flow terbantut. Oleh itu pastikan perbelanjaan yang akan dibuat tidak mengakibatkan cash flow kita menyimpang dari perancagan asal.

Wednesday, 14 November 2012

Kemaman ke Johor melaui Mersing

Perjalanan menuju ke Johor melalui Mersing.  Perjalanan bermula jam 10 pagi dari Kemaman dan sampai di Johor dalam pukul 6 ptg.  Perjalanan santai dengan melihat keindahan bumi ciptaan Allah.  Bermula dari Kemaman - Pekan - Rompin - Mersing - Johor.  Jarak perjalanan lebih kurang 360km ++.   Cuaca pada hari ni sangat baik dengan kadang kala di sulami hujan terutamanya di Endau-Rompin. Keadaan jalan boleh dikatakan baik tetapi bentuk jalanraya yang berbukit-bukit bercampur dengan selekoh tajam.  Setelah penat memandu, kami berhenti di Mersing sebelah Jeti Mersing untuk minum air di sana.  Kemudian jam 4 ptg kami teruskan perjalanan menuju ke Johor.