Saturday, 21 April 2012

Test drive PREVE

Hari ni berpeluang test drive proton preve. Luaran cantik dengan kombinasi honda, BMW, Persona.  Dalaman juga menarik dgn accessories spt wifi, gps dan pelbagai.  PREVE adalah bermasuk bukti- asal bahasa dari Spain.  Harga minimum RM59k (manual).  Harga agak tinggi..kemungkinan sbb added value dgn accessories.  Yg best nya warranty selama 5 tahun. Struktur ergonomik kerusi ok..tapi tk boleh bagi komen secara komprehensif krn test drive dalam bandar sahaja.  Pandangan luar kira ok lah .... seperti gambar di bawah.   



Sunday, 15 April 2012

Mengubati penyakit dengan sedekah

Susulan dari penulisan yang lepas berhubung dengan sedekah menambah rezeki.  Kali ni pula saya akan mengutarakan beberapa petikan yang sedekah mempu mengubat penyakit sesesorang dan menghindar kecelakaan yang berlaku. Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W yang menggalakan umat nya supaya bersedekah dijalan Allah. Seperti mana sahabat-sahabat nabi bersedekah seluruh hartanya untuk menegak syiar Islam.  Saidina Abu Bakar bersedekah segala hartanya kepada Nabi supaya digunakan di jalan Allah. Nabi bertanya kepada Saidina Abu Bakar berapakah pula yang ditinggalkan kepada keluarganya. Lalu Saidina Abu Bakar memberitahu hanya aku tinggalkan Rasullulah dan Allah untuk mereka.  Bagaimana pula sedekah dapat menyembuh penyakit? Seperti hadis Nabi S.A.W.

"ubati;ah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa"

Kemudian Ibnu Majah meriwayatkan:  Sesiapa yang memudahkan orang dalam kemalangan, maka Allah akan memudahkannay di dunia dan akhirat

Terdapat banyak kisah-kisah benar yang menceritakan kebenaran sedekah dapat menyembuh penyakit.  Diantaranya adalah :
Kisah seorang hartawan yang dikenalpasti oleh Doktor pakar di Eropah telah mengidap penyakit kanser di bahagian berut.  Segala temujanji telah diatur untuk perubatan selanjutnya.  Lalu dengan masa yang ada hartawan pulang ke kampung halaman untuk menyelesai beberapa perkara yang belum selesai lagi.  Di antara yang dibuat oleh hartawan ini adalah menulis wasiat untuk peninggalan hartanya.  Tiba-tiba pada satu hari hartawan ni ternampak seorang wanita yang telah berumur mengutip tulang-tulang yang dibuang oleh penjual daging.  satu demi satu tulang dikutipnya dan dibungkus. Dengan perasaan ingin tahu, hartawan ni lantas bertanya kepada wanita tersebut kenapa dia mengutip tulang.  Lantas wanita ni memberitahu bahawa dia memliki tanggungan anak yatim yang ramai ,yang langsung tidak mampu untuk membeli daging.  Dengan penjelasan tersebut, hartawan ini membelanja beberapa kilo daging untuk wanita tersebut dan memesan kepada penjual daging supaya menghantar daging ke rumah wanita tersbut setiap minggu. 

Setelah tiba masa untuk perubatan di Eropah, para doktor di sana merasa hairan penyakit di hidapi oleh hartawan ini telah hilang dan sembuh. Setelah hartawan mengetahui keputusan itu, lalu dia bersyukur kepada Allah dan mulutnya kelihatan sentiasa berzikir kpada Allah.  Sesungguhnya Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah supaya menambah rezeki kepada penderma.  Rezeki bukanlah dari harta semata-mata, malah kesihatan yang sempurna juga dikatakan rezeki. 

Tuesday, 3 April 2012

Pemurah membawa kebahagiaan (Sedutan radio IKIM jam 8.30pg 3/4/12)

Selalu nya orang yang pemurah akan sentiasa berada dalam kebahagiaan.  Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah supaya melipat ganda rezeki kepada penderma.  Hadith nabi

 Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:
”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari).

Menurut Uztaz Salleh semasa memberi  kuliah magrib di surau Taman Kalongan mengingatkan kepada jemaah supaya sentiasa bersedekah kerana dengan bersedekah boleh mengelak daripada menimpa kecelakaan..Insya-Allah. (Mohon pembaca artikel menderma al fatihah kepada Ustaz Salleh yg telah kembali rahmatullah pada tahun lepas).

Kisah benar ini adalah sedutan dari radio ikim yang menceritakan kisah seorang kontraktor yang sedang berhenti sembahyang di sebuah surau.  Setelah selesai sembahyang, beliau dapati beberapa orang kanak-kanak sedang belajar mengaji dengan ustaz.  Kelihatan mereka tergolong daripada keluarga sederhana.  Setelah sudah mengaji mereka dalam kegembiraan berlari-lari menuju ke warong untuk membeli minuman dan makanan.  Tetiba terlintas di hati kontraktor ini untuk membelanja kanak-kanak tersebut dengan memberitahu kepada mereka "hari ni pak cik akan membelanja kamu, makanlah apa yang kamu suka".  Setelah sudah, kontraktor ini lalu membayar jumlah yang dimakan oleh kanak-kanak tadi sebanyak RM23.70.  Selang beberapa hari selepas peristiwa tersebut, kontraktor ini amat terkejut dan bersyukur kepada Allah kerana beliau telah dianugerah tender yang bernilai RM237000.  Walaupun nilai tender nampak kecil kepada kontraktor besar, tetapi jumlah ini membuktikan Allah sentiasa memenuhi janjinya dengan melipat ganda kepada penderma.

Kisah kedua juga hampir sama dengan kisah di atas.  Sebagai usahawan yang bekerja sendiri, perancangan perbelanjaan adalah sangat penting.  Perbelanjaan di luar kawalan akan mengakibatkan syarikat akan menjadi muflis.  Oleh itu usahawan ini telah menyimpan wang sebagai "safety budget" sebanyak RM19000.   Sebagai muslim yang begitu aktif di surau taman yang didudukinya,  yang sentiasa menghulur bantuan kepada orang kampung sekiranya ada mengalami kesusahan.  Dalam persiapan bulan ramadan yang akan muncul, AJK surau mendapati kewangan yang ada tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan tambahan pembangunan kawasan sembahyang di surau tersebut sebanyak RM19000.  Lalu, AJK surau mengusul perkara ini kepada usahawan tersebut, untuk mendapat nasihat bagaimana utk mendapat kewangan sebanyak itu.  Usahawan ini teringat kepada simpanan "safety budget" sebanyak RM19000, lalu memberi jumlah tersebut kepada AJK surau dengan niat menderma di jalan Allah.   Susulan dari pendermaan ini, usahawan ini telah berjaya mendapat anugerah tender sebanyak RM19 juta.  Usahawan ini sangat terkejut dengan jumlah tender yang dia perolehi hampir sama dengan angka yang telah didermakan kepada surau.  Lalu dia bersyukur dan menangis dengan anugerah tersebut.

Oleh itu marilah kita sama-sama cuba dan menerap budaya menderma walaupun sedikit dan berkongsi pengalaman sekiranya hampir sama dengan senario di atas semuga kita mendapat mafaat dari penulisan ini. Insya-Allah...


Saturday, 31 March 2012

Beriadah dgn menanam pokok dan membina pagar arnab

Di hari minggu ni aku mengambil kesempatan beriadah dgn menanam pokok terung serta membina pagar utk arnab. Boleh lah lepas arnab utk bebas di dlm kawasan terbuka.  First time masuk kekawasan baru terus berlari-lari sambil mengorek tanah.  Ttp, yg tak best nya sang kucing sentiasa mengekori dan memerhati utk menangkap arnab.  Ingat boleh lah bebas mcm tu...2-3 ekor pulak mari..mencari jalan utk mencerobohi kawasan larangan.  Sambil-sambil menulis blog ni pun ada seekor kucing berwarna kuning menghampiri dgn arnab.

Aktiviti kedua memindah anak terung ke pasu bunga yang lebih besar.  Kali ni tanah bakar dicampur dengan sabut digunakan untuk tanaman terung.  Menurut tuan nursery, tanaman sayur yg menggunakan sabut cepat subur.  Harga pun tk mahal RM2 satu beg plastik.  Kira-kira boleh lah utk digunakan kepada 3 pasu.

Saturday, 24 March 2012

Tanah di Titian Berayun, Kijal, Kemaman utk dijual

Salam semua

Sebidang lot tanah dekat Titian Berayun, Kijal untuk dijual.  Amat sesuai kepada sesiapa yang hendak mendiri rumah secepat mungkin.  Tanah tk perlu ditambun.  Di kelilingi beberapa rumah banglo. Tempat memang sangat strategik , lbh kurang 5km ke TATIUC, Ruane dan TSTC.  Kalau ke Giant, Kijal lbh kurang 6km je.  Kelebihan boleh menikmati lemang kijal yg sangat tersohor di Kemaman serta akan dapat merasai durian Kijal(isi tembaga). Keluasan tanah 664m2.


 No lot tanah PT 6999
Simpang 4 Kijal (jalan lama). Dari sini lbh kurang 1km ke tanah tersebut.  Selepas jambatan pendek terus masuk kiri hingga sampai kt rumah banglo berwarna kuning.

 Kelihatan rumah banglo yang telah ada di sebelah tanah yg hendak dijual
 Tanah di atas adalah tanah yg hendak dijual

laluan masuk ke tanah tersebut



5 km ke TATI

Friday, 16 March 2012

Kedai makan

Percambahan kedai-kedai makan begitu cepat berlaku di mana-mana. Kebiasaan perniagaan warung-warung sebegini terikut-ikut dengan kemajuaan sesebuah warung...Kalau warung tersebut maju..maka tidak beberapa lama akan muncul lagi warung-warung lain terutamanya laluan utama.  Persaingan diantara satu sama lain amat mengalakan.  Cuma persoalan di sini adalah kualiti masakan.  Boleh di katakan hampir 80% keatas setiap tukang masak suka menggunakan MSG (perasa) utnuk menyedapkan makanan.  Keaslian makanan telah dipengaruhi oleh bahan perasa, bukan nya dari perencah-perencah.  Sepatutnya tukang masak kena pandai membalance bahan perasa dengan perencah asli seperti lada, kuncit, halia, tomato dll.  Barulah pelangan menikmati masakan.  Kenapa berkalu sebegini?   Sekiranya terdapat warung-warung makan yang tidak bergantung sgt kepada bahan perasa...aku percaya warung ini akan mendapat sambutan.  Nasihat aku kepada warung-warung supaya jangan sangat mengutamakan keuntungan saja tanpa melihat kepada kenakan masakan.  Begitu juga dengan air sperti teh, milo, kopi .  Kebanyakan warung-warung tidak mempunyai kemahiran buat air ....kalau air teh rasa susu melebihi rasa teh.  Nasihat aku kepda pembuat air supaya belajar membuat air dengan melihat sukatan-sukatan yang perlu dicampur.  Menurut pengalaman aku satu tin susu boleh digunakan untuk 18-20 gelas air. Kalau kurang maksudnya pembuat air telah menguna lebih sukatan susu.  Nanti pada blog akan datang..aku akan cuba syorkan beberapa warung atau restoran yang boleh dikunjungi.