Susulan dari penulisan yang lepas berhubung dengan sedekah menambah rezeki. Kali ni pula saya akan mengutarakan beberapa petikan yang sedekah mempu mengubat penyakit sesesorang dan menghindar kecelakaan yang berlaku. Banyak hadis-hadis Nabi S.A.W yang menggalakan umat nya supaya bersedekah dijalan Allah. Seperti mana sahabat-sahabat nabi bersedekah seluruh hartanya untuk menegak syiar Islam. Saidina Abu Bakar bersedekah segala hartanya kepada Nabi supaya digunakan di jalan Allah. Nabi bertanya kepada Saidina Abu Bakar berapakah pula yang ditinggalkan kepada keluarganya. Lalu Saidina Abu Bakar memberitahu hanya aku tinggalkan Rasullulah dan Allah untuk mereka. Bagaimana pula sedekah dapat menyembuh penyakit? Seperti hadis Nabi S.A.W.
"ubati;ah sakit kamu dengan bersedekah, peliharalah harta kamu dengan berzakat dan hindarilah bala dengan berdoa"
Kemudian Ibnu Majah meriwayatkan: Sesiapa yang memudahkan orang dalam kemalangan, maka Allah akan memudahkannay di dunia dan akhirat
Terdapat banyak kisah-kisah benar yang menceritakan kebenaran sedekah dapat menyembuh penyakit. Diantaranya adalah :
Kisah seorang hartawan yang dikenalpasti oleh Doktor pakar di Eropah telah mengidap penyakit kanser di bahagian berut. Segala temujanji telah diatur untuk perubatan selanjutnya. Lalu dengan masa yang ada hartawan pulang ke kampung halaman untuk menyelesai beberapa perkara yang belum selesai lagi. Di antara yang dibuat oleh hartawan ini adalah menulis wasiat untuk peninggalan hartanya. Tiba-tiba pada satu hari hartawan ni ternampak seorang wanita yang telah berumur mengutip tulang-tulang yang dibuang oleh penjual daging. satu demi satu tulang dikutipnya dan dibungkus. Dengan perasaan ingin tahu, hartawan ni lantas bertanya kepada wanita tersebut kenapa dia mengutip tulang. Lantas wanita ni memberitahu bahawa dia memliki tanggungan anak yatim yang ramai ,yang langsung tidak mampu untuk membeli daging. Dengan penjelasan tersebut, hartawan ini membelanja beberapa kilo daging untuk wanita tersebut dan memesan kepada penjual daging supaya menghantar daging ke rumah wanita tersbut setiap minggu.
Setelah tiba masa untuk perubatan di Eropah, para doktor di sana merasa hairan penyakit di hidapi oleh hartawan ini telah hilang dan sembuh. Setelah hartawan mengetahui keputusan itu, lalu dia bersyukur kepada Allah dan mulutnya kelihatan sentiasa berzikir kpada Allah. Sesungguhnya Malaikat sentiasa berdoa kepada Allah supaya menambah rezeki kepada penderma. Rezeki bukanlah dari harta semata-mata, malah kesihatan yang sempurna juga dikatakan rezeki.
sesiapa yg telah lalui pengalaman sebegini agar dapat share di sini.
ReplyDelete