ISO: di ibaratkan sebagai lampu. Sekiranya keadaaan cuaca gelap maka kita memerlukan lampu yg banyak untuk menerangi kawasan tersebut. Oleh itu kita perlu menggunakan ISO yang tinggi. Dalam bahasa kamera ISO ini diibaratkan sebagai kepekaan kepada cahaya. Sensitif kepada cahaya yang dibenarkan masuk. Kebiasaan ISO yang digunakan di antara 100-800. Ttp ianya bergantung kepada keadaan sekeliling. semakin tinggi ISO yang digunakan , semakin tinggi kuasa bateri digunakan.
Shutter speed : Elemen ini adalah untuk mengawal kelajuan pintu cahaya dibuka. Sekiranya dibuka lama seperti 1, 2, seconds maka gambar akan kelihtan blur. Tetapi sekiranya digunakan di tempat yang sesuai maka gambar akan kelihatan menarik.
Aperture : Elemen ini pula berkaitan dengan depth of field. Nilai f kecil memberi bukaan yang besar dan hanya memfokus kepada objek yang disasarkan manakala backgound atau foreground akan kelihatan blur. Nilai f kecil sangat sesuai kepada gmabr potret seperti gambar pengantin. Manakala nilai f besar pula untuk pengambilan gambar landscape. Nilai f besar akan memberi ketajaman kepada objek dan keadaan sekeliling.
Di Teluk Mak Nik pada 21/9/13 |
No comments:
Post a Comment