Sudah lama tak update blog. Kali ni cerita yang masih hangat dibincang melalui media adalah PRU13. Seperti diketahui umum BN masih lagi diberi mandat untuk memerintah Malaysia dengan mendapat 133 kerusi berbanding PR 89 kerusi. Pelbagai reaksi yang timbul selepas pilihanraya seperti ketidakpuasan terhadap keputusan disebabkan beberapa insiden yang hangat dibincangkan seperti pengundi Bangla, "blackout" , peti undi dikeluarkan. Faktor-2 sebegini perlu ditangani SPR secepat mungkin supaya orang awam boleh mempercayai institusi ini. Bagaimanakah perkara ini boleh terjadi atau cerita sebegini hanya rekaan sahaja. Melalui youtube atau facebook terdapat rakaman yang menunjuk insiden ini.
Walaubagaimana dalam sesebuah parti yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diwartakan boleh membuat bantahan melalui petisyen dalam tempoh 21 hari (perlu semak). PR telah mengatakan hampir 30 kerusi akan dibuat bantahan melalui petisyen tersebut. Suasana PRU13 pada tahun ini sangat meriah dengan pelbagai replika dibina oleh penyokong kedua-dua parti. Di antara nya handback, cincin, kapalselam, meriam, jet, kereta kebal, buaya, lock-up dan macam-macam lagi.
Menurut SPR secara purata peratusan keluar mengundi adalah 80%. Beberapa kerusi panas yang dipertandingan diantara PR dan BN seperti kerusi Putrajaya, Gelang Patah, Lembah Pantai, Nusajaya, dan beberapa tempat lagi.
|
YM Raja Bahrin wakil Parlimen KT |
|
Pergorbanan seorang pengundi |
|
Masih sempat menampal di kereta angkut pengundi |
|
Kempen Anak Muda "Ini Kalilah" di Cukai | |
|
Si buaya untuk membaham .... |
|
Flash mod di Cukai |
|
Jet pejuang pun ada |
|
Kemeriahan bendera di bandar Cukai |
|
Hari pekerja |
No comments:
Post a Comment