Sunday, 14 October 2012

Membuka dan memasang tombol pintu

Perkara seumpama ini sentiasa terjadi kepada kita.  Kadang-kadang kunci tertinggal didalam, kunci rosak dan pelbagai lagi.  Yang penting bagaimana nak membukanya.  Cara paling mudah adalah dengan menggunkan kad terpakai atau kad diskaun atau yang sebentuk dengan nya. Yang penting mestilah keras dan flexible (boleh di tolak mengikut arah pintu). Tetapi aku menggunakan scrapper yang biasa digunakan untuk mengikis cat atau kekotoran di lantai.



Perlu dimasukan kecelah pintu supaya penyendal pintu dapat ditolak kedalam.  Sekiranya tombol rosak , maka kena lah ganti dengan yang baru.  Harga di kedai hardware lebih kurang RM15-RM35, tengok jenama dan buatan mana. Cara nak membuka tombol pula perlulah pengetahuan serba sedikit. Insya-Allah saya cuba permudahkan penggunaan ayat agar pembaca dapat menukar tombol sendiri.

Langkah Pertama

Mencari lubang kunci tombol (sebelah dalam) seperti di gambar di bawah.  Gunakan screw driver kecil atau paku untuk menekan kedalam sambil memulas tombol pintu sehingga tombol tercabut.



Kemudian, keluarkan penutup yang melekat pada daun pintu dengan menggunakan screw driver atau sebagainya seperti gambar dibawah.


Seterusnya buka kedua-dua screw yang mengikat tombol dan keluarkan penutup tersebut seperti gambar di bawah.



Langkah berikut nya tarik tombol secara perlahan-lahan dari pintu seperti gambar di bawah.


Kemudian terakhir skali barulah membuka penyendal tersebut.  Sekianya nak memasang pula, langkah yang di atas haruslah di reverse iaitu dengan ;

i) memasang penyendal kedalam lubang pintu.

ii)memasukan tombol luar dengan memastikan tombol tersebut memasuki join pada penyendal spt gambar di bawah;
lubang untuk menyambung tombol dengan penyendal


Kedudukan join pada penyendal (gambar krg terang)
Bentuk join adalah spt huruf T, utk menyangkut penyendal dgn tombol.  Pastikan tombol pintu dapat menggerakan penyendal (menguji pemasangan betul atau salah).  Sekiranya, penyendal tidak dapat digerakan, ini menunjukan pemasangan adalah salah.




Kemudian, masukan pring penutup dan ketatkan screw seperti gambar di atas.


ikat screw supaya tombol luar dan dalam terikat

Akhir sekali masuk penutup pada daun pintu dan tombol seperti gambar di bawah.  Kedudukan tombol mestilah betul dengan lubang kecil berada pada lubang yang didalam.

pastikan penutup ini memasuki dibahagian yang betul (dawai tersebut akan keluar melalui lubang spt dlm gambar)

.
Insya-Allah dengan panduan ringkas, anda mampu menukar sendiri.


23 comments:

  1. agak-agak mudah tk kalau tukar sendiri..

    ReplyDelete
  2. Jaza kallah khairan.

    ReplyDelete
  3. Memang selalu terjadi di rumah kita

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak2.. betul2 membantu.. 1st time tukar tombol pintu trus bjya b'pandukan tips tuan punya blog..

    ReplyDelete
  5. ilmu bermanfaat dikongsikan. semoga beroleh keredhaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  6. Mohon supaya rakan2 dpt update sekiranya ada tertinggal dalam catatan

    ReplyDelete
  7. tekan screwdriver dlm lubang, lepas tu tarik tombol tp saya buat tk berjaya..susah sgt

    ReplyDelete
  8. mungkin saudara boleh gunakan benda tajam spt paku. Tekan kat situ dan pulas tombol

    ReplyDelete
  9. Salam. Petua kalau nak bukak dari luar ada tak? Skg ni pintu bilik air dah x boleh bukak. Rasanya kaki/tapak/lidah tombol pintu tu dah x tertarik apabila memusingkan tombol. Ada cara x agak2 ya?

    ReplyDelete
  10. mungkin kena ketuk supaya tercabut tombol

    ReplyDelete
  11. Dah buang tombol.tapi mcm mana nak buang besi dalam lubang tu... pintu tersekat tak boleh buka pintu tu..

    ReplyDelete
  12. @anon 28 August 2014-- screw off yg bahagian penyendah..lps tu tarik...

    tuan tanah--terima kasihhhhhhh byk2 sy dah berjaya tuka tombol pintu dgn jaya :)

    ReplyDelete
  13. sama-samalah kita bagi panduan untuk kebaikan bersama. Terima kasih kpd tgk

    ReplyDelete
  14. Thanks... mcm x caya sy boleh buat sendiri based on panduan ni... tq

    ReplyDelete
  15. Terima kasih, banyak membantu dengan penerangan dan gambar yang jelas..

    ReplyDelete
  16. Terima kasih info di atas , sy dpt tukar sndiri tombol pintu bilik ank sy

    ReplyDelete
  17. Cara nk ketuk tombol pintu yg terkunci dr dlm (kita berada di luar) TANPA MEROSAKKAN TOMBOL adalah dengan MELAPIK tombol dgn kayu RATA dan ketuk sekali dgn KUAT keatas kayu tersebut.
    (*byk kali pernah tertinggal kunci kt dlm..hahahaa kdg2 rosak jgk..)
    Selamat mencuba...=)

    ReplyDelete