Hari ni 11 Zulhijah 1433, hari kedua Raya Aidil Adha. Sebanyak 3 ekor lembu di sembelih sebagai ibadat qurban dan ada juga yang membuat aqiqah. Alhamdullilah kesemua lembu dapat diselesaikan pada jam 11.00 pagi. 1 bahagian lembu di sini harganya lebih kurang RM500. Secara average setiap bahagian dapat dalam 12-15 kg daging. Acara qurban memang seronok dijalankan dengan penglibatan masyarakat sekeliling. Kepakaran pelapah amat diperlukan terutamanya untuk memisah daging daripada kulit dan tulang. Di samping bahagian lain yang perlu berhati-hati adalah kawasan najis lembu yang kadang bocor disebabkan kurang kemahiran. Ibadat qurban memang dituntut dalam Islam dengan sokongan dalil seperti di bawah;
Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi
engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat
kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu
(sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Serta disokong dengan hadis
“Tidak ada satu amalan anak Adam di
hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada
menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di
hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke
atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan
tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah
olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat
Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi )
Walaubagaimana pun niat seseorang dalam ibadat qurban mestilah ikhlas. Menurut para ustaz yang mengajar agama mengatakan pahala ibadat qurban adalah lebih besar daripada sedekah. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk mengambil kesempatan ini supaya dapat mengambil aktiviti ini pada setiap tahun. Secara ringkas nya lebih kurang RM1.50-2.00 sehari sahaja kos utk 1 bahagian qurban.
|
Si koko yang telah di qurban |
|
si hitam |
|
kerja-kerja melapah |
|
Cg Usop main organiser utk ibadah qurban |
|
memisah daging daripada tulang |
No comments:
Post a Comment