Harga rumah di Malaysia secara amnya melambung tinggi dari tahun ke tahun. Apakah penyebab harga rumah melambung secara mendadak? Menurut pengamatan aku, kenaikan ini disebabkan;
i) permintaan sangat tinggi berbanding dengan pembinaan rumah
ii) kemudahan sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan dan bank
iii) kenaikan harga bahan mentah dan upah
iv) kemampuan pembeli membeli melebihi sabuah rumah
Menurut pengiraan aku peratusan kenaikan dari tahun 2011 hingga tahun ini adalah hampir 30%-40%. Sebagai contoh rumah yang sedang dibina di sebuah taman di Kuantan, sebelum ni harga tawaran yg tertera pada brochure untuk rumeh teres setingkat (ala moden) adalah RM168k, tetapi pada tahun ini harga rumah tersebut telah dinaikan kepada RM188k...Persoalan nya adakah peningkatan pembelian rumah memberi petunjuk ekonomi rakyat Malaysia bertambah baik atau sebaliknya. Kegolojohan pemaju membangun rumah juga boleh mengakibatkan kualiti rumah terabai, terutamanya kawasan-kawasan tanah berpaya. Sekiranya terlalu cepat membangun rumah dikawasan yg berpaya boleh mengakibatkan mendapan akan berlaku.
Kalau dahulu harga rumah teres adalah RM100k..tetapi skrg paling murah adalah RM150k. Kerancakkan penyediaan homestay juga mempengaruhi pembelian rumah. Faktor lain yang juga perlu dilihat iaitu penambahan populasi Malaysia. Nasihat aku kepada setiap bakal pembeli rumah perlu memastikan
i) kawasan rumah tiada faktor-faktor yang boleh menyebabkan banjir
ii) strategik dengan terdapat kemudahan spt masjid, sekolah, kedai runcit, jalan
iii)prestasi pemaju
iv)hidden charge sekiranya ada..
No comments:
Post a Comment