Thursday, 21 June 2012
Mencari keberkatan pada hari Jumaat yang penuh dengan barakah
Minggu ini kita bincangkan artikel berhubung Jumaat penuh barakah. Hari Jumaat adalah penghulu hari segala hari. Tidak berlakunya kiamat melainkan hari Jumaat. Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dijadikan oleh Allah dan pada hari ini juga banyak pintu rahmat dibuka dan akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Nya. Oleh itu kita digalakan supaya berusaha untuk mendapatkan rahmat ini, samada melalui sembahyang, berzikir, bersedekah atau membaca al quran. Pada hari ini umat Islam juga disunatkan untuk membaca dan memahami surah Al-Kahf , sebagaimana hadis Nabi SAW yang berbunyi;
“Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Dalam kesibukan harian, kadang-kadang membuat kita tidak berkesempatan untuk membaca surah ini. Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha agar dapat mencari fadilat dan rahmat yang begitu banyak pada hari ini. Malah, hadis Nabi SAW juga menggalakkan umatnya agar sentiasa berselawat keatas nya . Di antara hadis nabi yang mengalakkan berselawat adalah seperti berikut;
“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)
"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi).
Semasa mandi juga kita akan mendapat pahla sunat tetapi mestilah berniat untuk mandi sunat Hari Jumaat. Rugilah kita sekiranya tidak merebut peluang yang ada ini ketika mandi pada hari Jumaat. Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang yang melimpah ruah pada hari Jumaat yang penuh mulia ini. Semuga petikan ringkas ini dapat memberi peringatan kepada ana dan juga pembaca-pembaca blog ini.
Rujukan : Artikel di akhbat Metro Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment