Friday, 21 September 2012
Tukar swicth air-cond
Sejak aku pakai kereta wira ni tak pernah servis aircond. Kira nya model aircond ni memang berkualiti. Selepas hampir 10 tahun, baru lah ada kerosakan kecil..ni pun hanya switch saja. Problem nya adalah kadang-kadang ada aircond...dan tiba-tiba pulak dia stop--seolah-olah macam tak de power. Hari ni baru berkesempatan bawa berjumpa dengan Dr. AirCond kat Bakau Tinggi Kemaman, kedai Ho Ta. Berpengalaman hampir 50 tahun dalam pembaikian aircond. Setelah di diagnos dengan tup-tap (buka tutup), baru lah Dr confirm yang switch ada problem. Harga switch siap dengan upah pasang adalah RM70...kira ok ah. Aku dh cakap kat Dr aircond..kalau masih bermasalah ...then you punya diagnoss adalah salah. Kemudian Dr aircond siap rekomen kat aku supaya buat servis pulak...Memang patutpun sebab sejak pakai sehingga hari ni memang aku tk pernah servis pun. That's why kira aku boleh rekomen ah brand sanden memang bagus...even Dr aircond pun mmg puji. Kiranya aircond kereta memang dikira sebagai keperluan pengguna. Terutamanya dalam musim hujan yang kerap berlaku especially di sebelah petang. Semasa tanpa aircond, perjalanan ke tempat kerja sebelah pagi kira ok sikit dgn cuaca yg masih dingin. Tetapi semasa pulang, memang terasanya bahang....wow....mmg berpeluh ah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment