Tak pasal-pasal aku kena saman di polis di pantai Batu Burok. Kesalahan kerana tidak memakai tali pinggang kaledar. Anak-anak aku Husna, Muhammad Fuad & Yasmeen pada masa tersebut terdiam je..sbb mereka pun tk pakai tali pinggang. Boleh dikatakan hampir 80% yang pergi ke pantai tidak akan memakai tali pinggang kaledar. Kerana pemanduan kereta disini dalam berkeadaan santai...just rilek fikiran sambil menikmati alam semulajadi ciptaan Allah. Kalu begitu kenapa polis buat road block di pantai tidak pula di jalan utama, Anda sebagai pembaca mesti dah ada pelbagai jawapan. Yang peliknya road blok ini diadakan hujung selekoh pagar hospital...Untuk pengetahuan umum, aku sentiasa memakai tali pinggang semasa dalam perjalanan yg melibatkan long distance. Kadang-kadang aku pernah dan selalu nampak peronda tidak pakai tali pinggang pun..Sebagai pengguna jalan raya, aku ingin mencadangkan kepada PDRM agar mengadakan road blok ditempat yg sesuai berbanding dengan di pantai Batu Burok. Kalau nak mencari kesalahan tiada "lesen memandu", then it's ok.
Memang di hujung tahun ni rasanya banyak road blok. Kalu dekat Indera Mahkota rasanya hari-hari nampak polis sedang menjalani operasi speed trap...biasanya polis ni duduk bawah jambatan..sekarang dah tak pakai baju putih..sebaliknya berpakaian gelap.
Testing :)
ReplyDelete