Friday 26 October 2012

Ibadah qurban pada Tahun 1433

Hari ni 11 Zulhijah 1433, hari kedua Raya Aidil Adha.  Sebanyak 3 ekor lembu di sembelih sebagai ibadat qurban dan ada juga yang membuat aqiqah.  Alhamdullilah kesemua  lembu dapat diselesaikan pada jam 11.00 pagi. 1 bahagian lembu di sini harganya lebih kurang RM500.  Secara average setiap bahagian dapat dalam 12-15 kg daging.  Acara qurban memang seronok dijalankan dengan penglibatan masyarakat sekeliling.  Kepakaran pelapah amat diperlukan terutamanya untuk memisah daging daripada kulit dan tulang.  Di samping bahagian lain yang perlu berhati-hati adalah kawasan najis lembu yang kadang bocor disebabkan kurang kemahiran.  Ibadat qurban memang dituntut dalam Islam dengan sokongan dalil seperti di bawah;



Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


 Serta disokong dengan hadis

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi )

Walaubagaimana pun niat seseorang dalam ibadat qurban mestilah ikhlas.  Menurut para ustaz yang mengajar agama mengatakan pahala ibadat qurban adalah lebih besar daripada sedekah.  Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha untuk mengambil kesempatan ini supaya dapat mengambil aktiviti ini pada setiap tahun.  Secara ringkas nya lebih kurang RM1.50-2.00 sehari sahaja kos utk 1 bahagian qurban.  




Si koko yang telah di qurban

si hitam

kerja-kerja melapah

Cg Usop main organiser utk ibadah qurban

memisah daging daripada tulang

 

Wednesday 24 October 2012

Wukuf di Padang Arafah

Hari ni jemaah haji akan berangkat ke Padang Arafah untuk mengerjakan wukuf pada 9hb Zulhijah.  Suasana malam di Padang Arafah akan kedengaran jemaah haji membaca al quran dan juga tazkirah serta zikir.  Memang amat terasa dan masih mengingati Padang Arafah walaupun tidak berada di sana.  Kemuncak haji akan dirasai bermula di Padang Arafah dengan limpahan umat Islam dari serata pelusuk dunia berkumpul disini.  Kelihatan semua umat Islam berpakaian ihram bersih suci dan putih.  Padang Arafah adalah salah satu tempat doa-doa yang akan dimakbulkan oleh Allah.  Oleh itu jemaah-jemaah haji digalakan melakukan banyak doa di sini.   Gunalah masa yang ada di sini utk berdoa, zikir, talbiah.  Pada 9 zulhijah. kutbah wukuf akan dibacakan oleh imam dengan peringatan supaya umat islam sentiasa bertakwa kepada Allah.  Jemaah haji dinasihatkan supaya sentiasa bersabar dengan suasana di sini.  Pelbagai dugaan akan terasa.  Keadaan infra memanglah tdk dapat utk menampung jemaah haji yang berjuta-juta, tetapi insya-Allah dengan bersikap sabar dan sentiasa menyerah kepada Allah, maka segala kesusahan akan menjadi ringan.  Bilangan tandas amat kurang.  Kekurangan ini boleh di atasi dengan setiap orang hanya menggunakan dengan masa yang terhad.  Kebiasaan waktu yang paling peak adalah subuh.  Ada yg nak mandi, ada juga yang membasuh kain. Oleh itu  kita disarankan supaya bangun terlebih awal untuk tidak berebut deang jemaah lain. Kepada umat Islam yang tidak berada di padang arafah di sunat kan untuk mengejakan puasa pada 9 Zulhijah. Di akhir kata kepada kita yang tidak berada di Tanah Suci supaya dapat menghayati sejarah ibadat qurban dan sama-sama menjayakan aktivit-aktiviti qurban.

Sunday 14 October 2012

Membuka dan memasang tombol pintu

Perkara seumpama ini sentiasa terjadi kepada kita.  Kadang-kadang kunci tertinggal didalam, kunci rosak dan pelbagai lagi.  Yang penting bagaimana nak membukanya.  Cara paling mudah adalah dengan menggunkan kad terpakai atau kad diskaun atau yang sebentuk dengan nya. Yang penting mestilah keras dan flexible (boleh di tolak mengikut arah pintu). Tetapi aku menggunakan scrapper yang biasa digunakan untuk mengikis cat atau kekotoran di lantai.



Perlu dimasukan kecelah pintu supaya penyendal pintu dapat ditolak kedalam.  Sekiranya tombol rosak , maka kena lah ganti dengan yang baru.  Harga di kedai hardware lebih kurang RM15-RM35, tengok jenama dan buatan mana. Cara nak membuka tombol pula perlulah pengetahuan serba sedikit. Insya-Allah saya cuba permudahkan penggunaan ayat agar pembaca dapat menukar tombol sendiri.

Langkah Pertama

Mencari lubang kunci tombol (sebelah dalam) seperti di gambar di bawah.  Gunakan screw driver kecil atau paku untuk menekan kedalam sambil memulas tombol pintu sehingga tombol tercabut.



Kemudian, keluarkan penutup yang melekat pada daun pintu dengan menggunakan screw driver atau sebagainya seperti gambar dibawah.


Seterusnya buka kedua-dua screw yang mengikat tombol dan keluarkan penutup tersebut seperti gambar di bawah.



Langkah berikut nya tarik tombol secara perlahan-lahan dari pintu seperti gambar di bawah.


Kemudian terakhir skali barulah membuka penyendal tersebut.  Sekianya nak memasang pula, langkah yang di atas haruslah di reverse iaitu dengan ;

i) memasang penyendal kedalam lubang pintu.

ii)memasukan tombol luar dengan memastikan tombol tersebut memasuki join pada penyendal spt gambar di bawah;
lubang untuk menyambung tombol dengan penyendal


Kedudukan join pada penyendal (gambar krg terang)
Bentuk join adalah spt huruf T, utk menyangkut penyendal dgn tombol.  Pastikan tombol pintu dapat menggerakan penyendal (menguji pemasangan betul atau salah).  Sekiranya, penyendal tidak dapat digerakan, ini menunjukan pemasangan adalah salah.




Kemudian, masukan pring penutup dan ketatkan screw seperti gambar di atas.


ikat screw supaya tombol luar dan dalam terikat

Akhir sekali masuk penutup pada daun pintu dan tombol seperti gambar di bawah.  Kedudukan tombol mestilah betul dengan lubang kecil berada pada lubang yang didalam.

pastikan penutup ini memasuki dibahagian yang betul (dawai tersebut akan keluar melalui lubang spt dlm gambar)

.
Insya-Allah dengan panduan ringkas, anda mampu menukar sendiri.


Friday 5 October 2012

Pertandingan PGMC kat Sepang

Terdapat 10 universiti akan bertanding di Sepang International Circuit  pada 6-7 Okt 2012.  Kejohanan ini di anjur oleh Proton, MAIHari ini merupakan hari pemeriksaan kereta dari keselamatan, pematuhan peraturan pertandingan, teknikal dan beberpa aspek lain.  Setelah mendapat kelulusan barulah kereta-kereta ini dapat memasuki trek untuk memandu uji kereta.  Pada permulaan setiap kereta diberi peluang untuk sprint test untuk jarak 5.5km. Kebanyakan kereta mampu melepasi saringan ini dengan ujian masa di antara 17-20 sec.  Menurut maklumat yang diperolehi dari pegawai pertandingan , UMP-EV mendahului pasukan lain dengan catatan masa 17 sec dan dengan kelajuan 106 km/hr.  Kemudian pandu uji seterusnya adalah memandu uji 2 lap.  Pada ketika ini barulah kelihatan beberapa kereta yang tidak dapat menghabis kedua-dua pusingan disebabkan ketidaktahanan bateri atau aspek teknikal.  Semua kereta mempunyai peluang yang sama untuk menang.  Yang membezakan di anatara satu sama lain adalah ketahanan kereta dan cara pemanduan yang betul  Ketidakcekapan pemanduan boleh menyebabkan ketahanan bateri cepat menjadi lemah.  Kemeriahan di Sepang dirasai dengan pelbagai hiasan di pit-pit.  Sampai ada yang menghias dengan bunga-bunga.