Saturday 30 June 2012

Seketika di Bandar Marang

Pada 30hb Jun aku sekeluarga telah menghadiri upacara pernikahan di Masjid Besar Marang.  Di kesempatan ini aku mengambil beberapa gambar di Bandar Marang.  Pada tahun 80an dulu bandar ini sentiasa dikenali dengan bandar cowboy Marang. Tetapi dengan pembangunan pesat bandar ini telah bertukar wajah. Kelihatan pada hari ini pasar pagi Marangh sungguh meriah dengan pelbagai jualan.


Pasar pagi Marang

Jeti Ke Pulau Kapas

pasar  pagi

Guest House (RM30/night)

Masjid Besar Marang

Di Sg Marang

Thursday 21 June 2012

Mencari keberkatan pada hari Jumaat yang penuh dengan barakah


Minggu ini kita bincangkan artikel berhubung Jumaat penuh barakah.  Hari Jumaat adalah penghulu hari segala hari.  Tidak berlakunya kiamat melainkan hari Jumaat.  Pada hari Jumaat juga Nabi Adam dijadikan oleh Allah dan pada hari ini juga banyak pintu rahmat dibuka dan akan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Nya.  Oleh itu kita digalakan supaya berusaha untuk mendapatkan rahmat ini, samada melalui sembahyang, berzikir, bersedekah atau membaca al quran.  Pada hari ini umat Islam juga disunatkan untuk membaca dan memahami surah Al-Kahf , sebagaimana hadis Nabi SAW yang berbunyi;

 “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari).  

Dalam kesibukan harian, kadang-kadang membuat kita tidak berkesempatan untuk membaca surah ini.  Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha agar dapat mencari fadilat dan rahmat yang begitu banyak pada hari ini.  Malah, hadis Nabi SAW juga menggalakkan umatnya agar sentiasa berselawat keatas nya .   Di antara hadis nabi yang mengalakkan berselawat adalah seperti berikut;

“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

 "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ".  (HR Al Baihaqi).

Semasa mandi juga kita akan mendapat pahla sunat tetapi mestilah berniat untuk mandi sunat Hari Jumaat. Rugilah kita sekiranya tidak merebut peluang yang ada ini ketika mandi pada hari Jumaat.  Oleh itu marilah kita sama-sama merebut peluang yang melimpah ruah pada hari Jumaat yang penuh mulia ini.  Semuga petikan ringkas ini dapat memberi peringatan kepada ana dan juga pembaca-pembaca blog ini.

Rujukan : Artikel di akhbat Metro Online



Wednesday 13 June 2012

Peluang pelaburan hartanah

Bagaimanakah caranya untuk melabur di dalam hartanah.  Kalau kita lihat di sekeliling kita, pembangunan rumah adalah amat pesat sekali.  Pelbagai pemaju memberi penwaran.  Tidak kira di mana saja. Para pembeli masih sanggup membeli walaupun harga rumah melambung  hampir kepada 100% berbanding 10 tahun yang lepas.  Sampai bilakah kenaikan harga rumah berlaku?  Sperti yang diketengahkan pada post yang lepas, faktor pembelian adalah kerana sistem pinjaman yang mudah serta peningkatan permintaan dikalangan pembeli.  Mengikut kajian harga rumah di Malaysia dijangka makin meningkat. Dan pada tahun 2020 sesorang yang nak membeli rumah teres dijangka mempunyai pendapatan RM12000 sebulan...so berapakah harga rumah tersebut.  Menurut kajian ku secara observation, aku boleh predict harga rumah teres pada tahun 2020 lebihkurang RM350 k dan Semi-D dijangka RM500k.  Pada saat ini aku rasa mungkin banyak rumah yang diduduki oleh generasi baru melalui sewaan saja.  Berapa pula kadar sewa pada masa tersebut? Mungkin RM1000 utk rumah teres....Kalau kita nak melabur pada hartanah pada hari ni kena fikirkan faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan nilai rumah seperti infrastruktur, keselamatan, pendidikan dan jauh dari pencemaran.  Pembeli juga perlu melihat kewangan masing-masing krn pelaburan hartanah bukanlah boleh mendapat return dalam jangka pendek.  Tersilap merancang boleh menyebabkan muflis (tidak mampu membayar pinjaman).  So berhati-hatilah sebelum betul-betul membuat keputusan...     

Friday 8 June 2012

Pelaburan melalui pembelian rumah

Harga rumah di Malaysia secara amnya melambung tinggi dari tahun ke tahun.  Apakah penyebab harga rumah melambung secara mendadak? Menurut pengamatan aku, kenaikan ini disebabkan;
i)   permintaan sangat tinggi berbanding dengan pembinaan rumah
ii)  kemudahan sumber kewangan yang diberikan oleh kerajaan dan bank
iii) kenaikan harga bahan mentah dan upah
iv) kemampuan pembeli membeli melebihi sabuah rumah

Menurut pengiraan aku peratusan kenaikan dari tahun 2011 hingga tahun ini adalah hampir 30%-40%. Sebagai contoh rumah yang sedang dibina di sebuah taman di Kuantan,  sebelum ni harga tawaran yg tertera pada brochure untuk rumeh teres setingkat (ala moden) adalah RM168k, tetapi pada tahun ini harga rumah tersebut telah dinaikan kepada RM188k...Persoalan nya adakah peningkatan pembelian rumah memberi petunjuk ekonomi rakyat Malaysia bertambah baik atau sebaliknya. Kegolojohan pemaju membangun rumah juga boleh mengakibatkan kualiti rumah terabai, terutamanya kawasan-kawasan tanah berpaya.  Sekiranya terlalu cepat membangun rumah dikawasan yg berpaya boleh  mengakibatkan mendapan akan berlaku.

Kalau dahulu harga rumah teres adalah RM100k..tetapi skrg paling murah adalah RM150k.  Kerancakkan penyediaan homestay juga mempengaruhi pembelian rumah. Faktor lain yang juga perlu dilihat iaitu penambahan populasi Malaysia. Nasihat aku  kepada setiap bakal pembeli rumah perlu memastikan
i)  kawasan rumah tiada faktor-faktor yang boleh menyebabkan banjir
ii) strategik dengan terdapat kemudahan spt masjid, sekolah, kedai runcit, jalan
iii)prestasi pemaju
iv)hidden charge sekiranya ada..

Monday 4 June 2012

solat sunat gerhana bulan 4/6/12

Pada hari ni insya-Allah kita berpeluang menyaksikan gerhana separa bulan.  Kebanyakkan masjid akan mengadakan solat sunat gerhana selepas waktu magrib.  Pada malam ni seluruh rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan keagungan Allah yang menjadikan fenomena gerhana separa bulan.  Oleh itu kepada umat Islam marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini.  Menurut maklumat ahli falak, gerhana akan bermula pada pukul 4.48 petang hinggalah 9.18 malam ini.  Tahap kemuncak gerhana akan kelihatan pada pukul 7.03 mlm.