Thursday 29 December 2011

Kena saman lagi

Tak pasal-pasal aku kena saman di polis di pantai Batu Burok.  Kesalahan kerana tidak memakai tali pinggang kaledar. Anak-anak aku Husna, Muhammad Fuad & Yasmeen pada masa tersebut terdiam je..sbb mereka pun tk pakai tali pinggang.  Boleh dikatakan hampir 80% yang pergi ke pantai tidak akan memakai tali pinggang kaledar. Kerana pemanduan kereta disini dalam berkeadaan santai...just rilek fikiran sambil menikmati alam semulajadi ciptaan Allah.  Kalu begitu kenapa polis buat road block di pantai tidak pula di jalan utama, Anda sebagai pembaca mesti dah ada pelbagai jawapan.  Yang peliknya road blok ini diadakan hujung selekoh pagar hospital...Untuk pengetahuan umum, aku sentiasa memakai tali pinggang semasa dalam perjalanan yg melibatkan long distance. Kadang-kadang aku pernah dan selalu nampak peronda tidak pakai tali pinggang pun..Sebagai pengguna jalan raya, aku ingin mencadangkan kepada PDRM agar mengadakan road blok ditempat yg sesuai berbanding dengan di pantai Batu Burok.  Kalau nak mencari kesalahan tiada "lesen memandu", then it's ok.

Memang di hujung tahun ni rasanya banyak road blok.  Kalu dekat Indera Mahkota rasanya hari-hari nampak polis sedang menjalani operasi speed trap...biasanya polis ni duduk bawah jambatan..sekarang dah tak pakai baju putih..sebaliknya berpakaian gelap.

Tuesday 27 December 2011

Report duty at UMP

Pada hari ni 27hb Dis 2011 aku kena report duty setelah bercuti  31/2 tahun. Hv prepared mentally to start work with new environment at Pekan. Dulu travel from Kijal to Gambang and now from Cukai to Pekan.  Hari-hari layak untuk Jamak & Qasar kerana melebihi 2 marhalah (116 km).  Sokongan dan sambutan rakan fakulti amat mengalakkan. Alhamdullilah. Kali li ada target kena siap thesis by March 2012..sekarang masih lg kt Chap 1 & 2.....come on..kena speed lagi...Insya-Allah semua dah ada ...perlu dibukukan dan mendapat komen from Sup.  Lepas tu kena buat paper pulak..sbb UKM nk 2 journals.  Ada suggestion supaya hantar kat China ..mudah sikit publish sbb sini "purchasing power" tinggi dgn population more than a billion.  Kalu 1% subscribe..wow...
Sbb tu dlm post yg lepas aku beriya-riya sgt kempen kepada mereka yg sdg menulis thesis supaya explore Doc Map...really will help you. Kalu tk cuba tk tahu kelebihan DC......Nnt kalu ramai pandai..boleh ;lah kita share knowledge..ni dikatakan "win-win".

Friday 23 December 2011

Pembanguan Document Map

Becerita mengeanai penggunaan Doc Map(DC) ni memang sgt berguna kepada sesiapa yg sedang membuat thesis/dissertation/nota/laporan.  Kelebihan DC memberi pengguna advantage especially apabila explore new things.  Kadang-kadang kita membaca journal dan mendapati point tersebut sgt relevan dgn research kita.  Kebiasaan penyelidik atau pelajar termasuk aku sendiri mengguna kaedah tradisional dgn mengguna highlighter atau menggaris dgn pensel dn sbgnya.  Cara ini boleh digunakan sekiranya reference kita hanya beberapa journal saja. Imagine sekiranya journal kita melebihi 100....apa akan terjadi.  Masa tu lah cari...file kt mana...pg....author mana ? Dgn penggunaan DC kita boleh terus cut & paste paragraph yg dikira penting dan terus masuk kepada ruangan yg telah disediakan melalui DC.  Sekali lagi DC adalah ibarat sperti ghobox....laci ni untuk under wear...laci seterus utk t-shirt..laci seterusnya utk baju sukan...dan macam-macam lg.  Dgn pembahagian tersebut mudah lah kita mencampak bahan-bahan yg dikira ponting dn relevan ke chapter yg berkenaan.  Nasihat drp cfu yg aku belajar adalah campak dulu ..kemudian baru refine according to our research.  Kepada sesiapa yg nk mencuba boleh lah explore sikit 2...insya-Allah amat membantu dalam penyediaan thesis....

Kursus LR and Doc Map

Hari ni aku attend kursus Literature review dan doc map. Amat berguna kepada sesiapa yang baru start research. Walau bagaimana pun org yang tlh lama buat research mcm aku ni juga ada faedahnya.  Sekurang-kurangnya dapat kenalpasti LR kita samada dah ok ke belum. Sup selalu berkata "kau punya writing tak melambangkan critical review". Apa yang dimaksudkan critical review disini? Apa yg aku faham adalah kita perlu kepada pembacaaan yang banyak dan penganalisaan. Kemudian perlu sintesis kpd pandangn kita. Makin byk membaca mungkin makin faham kut.  Kalu peringkat novice ni..kena merangkak terlebih dahulu.  Doc Map pula amat mudah untuk kita sambil membaca dan menulis. Mudah...istilah yg digunakan oleh Dr. Othman adalah ghobox (almari). Masuk je input ke dalam based on pembahagian yg telah dibuat. Jgn risau pasal ayat..masuk je dahulu..kemudian edit dan rephrase...kan senang. Nk tahu lebih lanjut kena masuk kursus ah. Aku masih dalam level novice...

Friday 16 December 2011

Pelaksanaan 5S Part 1

5S merupakan amalan beterusan di syarikat-syarikat Jepun. Ia merupakan asas kepada sebarang sistem pengurusan samada TQM, LM, JIT dan sbg nya. Apakah 5S? 5S merupakan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi untuk menampakkan segala aktiviti dengan jelas tanpa ada sebarang yang melindungi dari masalah. Langkah-2 yang perlu diambil adalah;
  • Seiri (sisih): kerapian, penyusunan. Menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan peralatan atau bahan yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang sekiranya tiada keperluan.
  • Seiton (susun): keteraturan. Menyusun secara sistematik untuk mudah dicari dan dicapai. Perlu ada di tempat yang telah ditetapkan, dan setiap benda mesti berada di tempatnya.
  • Seiso (sapu): kebersihan. Memastikan tempat kerja sentiasa bersih.
  • Seiketsu (seragam): piawai. Sentiasa dalam kawalan dan pemantauan. Pemantauan perlu dilakukan demi memastikan amalan ini berterusan. Perlu dijadikan dalam amalan kerja
  • Shitsuke (sentiasa amal): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari..
  •  
  • Dalam kajian pelaksanaan 5S, didapati kesemua 8 syarikat automotif yg dilawati mengamalkan 5S. Peringkat permulaan mereka mengutamakan kepada 3S dahulu iaitu sisih, susun dan sapu. 2S lg akan dijalankan setelah 3S ini berjaya diamalkan dengan berkesan.  Kenapa di negara Jepun 5S boleh dilaksnakan dgn mudah dn berkesan. Salah satu dapatan dalam journal mengatakan perkara ini telah dijadikan amalan mereka sejak daripada peperangan dunia kedua lg. Oleh itu kalau kita pernah melawat negara Jepun, kita boleh melihat bagaimana mereka begitu sivik dalam menjaga pembuangan sampah seperti menyimpan sampul gula-2 didlam poket seluar sebelum menemui tong sampah.  Begitu dijalanraya, jarang kita melihat mereka membuang sampah di atsa jalanraya berbanding dgn negara kita yg boleh dilihat dimana-mana, pembuangan sampah.

  • Walau bagaimanapun dalam penulisan ini saya ingin menekankan kaedah pelaksanaan 5S secara berkesan. Yang paling utama adalah penerimaan konsep ini oleh pihak pengurusan. Pihak pengurusan perlu sekurang-kurangnya spend masa di bahagian pengeluaran untuk meninjau perjalanan production samada dalam berkeadaan baik atau bermasalah. Ini lah yang telah dipraktiskan oleh MD-2 di syarikat Jepun. Begitu juga dikilang Hitachi(M), Bangi semasa penulis bekerja disana pada tahun 1989~1993. Boleh dikatakan setiap minggu MD turun ke bahagian production untuk meninjau atau memerhatikan apa yang sedang berlaku.  Kaedah ini juga dipraktiskan oleh Taichi Ohno di Toyota untuk melihat dan mencari penambahbaikan yang perlu dilaksanakan demi kemajuan syarikatnya. Kelebihan peninjauan ini  mampu untuk kita melihat sebarang kelemahan semasa pengeluaran samasa kekurangan pekerja, cara bekerja yg kurang efektif, suasana (panas, bising ), WIP tinggi, delay penghantaran material dan sbgnya boleh dilihat di kawasan production.
  • memberi taklimat kepada semua pekerja tentang kelebihan 5S. Sekiranya syarikat berkemampuan, digalakan agar dapat memberi sedikit insentif kepada pekerja supaya mengamalkan 5S dengan bersungguh-sungguh. Insentif boleh berbentuk kewangan, perkelahan, makan berkumpulan atau sebagainya yang bersesuian dengan syarikat masing-masing.
  • melantik koordnator supaya dapat memantau perjalanan 5S. Koordinator perlu mempunyai target pelaksanaan. Usaha ini memantau dengan berkesan dimanakah pencapaian sekarang.
  • pelaksanaan 5S boleh dijalankan di seksyen pilihan dahulu.  Kejayaan yg akan dikecapi di bahagian ini boleh di adapkan kepada sekyen lain pula.
  • setiap pekrja perlulah memberi komitmen dan penglibatan secara menyeluruh dalam aktiviti ini.

Pembentangan konferen dalaman

Penyelidikan berhubung lean manufacturing masih diteruskan lagi walaupun pada 27/12 harus report duty di ofis. Pada 14~15 Dis 2011 aku telah attend satu, conference yang telah di anjurkan oleh universiti tempatan. Tajuk pembetangan akau adalah " a study of LM in automotive component industry in Malaysia". Pembentangan ini memfokus kepada pencapaian syarikat-2 automotif dalam perlaksanaan LM di organisasi masing.  Dapatan dlm pembentangan ini adalah 3 tools atau practice yg merupakan fundamental kepada penggunaan LM i.e. 5S, Kaizen dan Standardization.  Di samping itu, kebanyakkan syarikat automotif di Malaysia merasakan LM practices yang dihighlight dalam research ini mempunyai kepentingan untuk berjaya, tetapi dari segi penggunaan setengah-tengah tools adalah rendah.  Kemungkinan mereka kurang yakin atau kekurangan kewanagan untuk melaksanakan amalan ini.  Secara kesuluruhan konferen ini tidak begitu memberangsangkan kerana kekurangan peserta antarabangsa terutamanya dikalangan doctorate.  Kebayakan peserta ke konferen ini adalah pelajar PhD dan Master. Kekurangan feedback atau soalan didalam konferen adalah merugikan kepada peserta.  Oleh itu di masa akan datang aku perlu memilih konferen yang bersesuaian terutamanya konferen yang dihadiri oleh para akademik yg berpengalaman serta mempunyai fokus sama kearah pembentanagan tajuk.  Aku juga ingin mencadangkan kepda univeriti yg menganjur program sebegini supaya memastikan setiap bilik mempunyai sekurang-kurang serorang pakar bertaraf professor untuk memfeeback atau mengomen pembentangan presenter.  Skurang-kurang presenter yg masih dalam kategori novis dapat memperbaiki kelemahan research mereka.