Sunday 9 October 2011

Mengimbas kembali penyelidikan Lean Manufacturing

Hampir beberapa bulan tak update blog ni. Kali ni dah mentelaah beberapa buku berkaitan dengan pembangunan bisness melalui blogspot. Insya-Allah dengan peng"update"tan ilmu blog dapat mempersembahkan dengan lebih bermutu. Dalam kesibukan membuat penyelidikan berhubung dengan lean manufacturing, alhamdullilah dapat melawat beberapa kilang automotif yang telah melaksana sistem ini. Yang paling best nya maklumat yang diberikan adalah hampir sama dengan literature. "all companies can apply lean manufacturing no matter the size" ni keyword nya.  Sebab mengikut sejarah Toyota, LM dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah kewangan.  Penghasilan produk adalah berdasarkan kepada jumlah permintaan oleh pelanggan. Oleh demikian, Taichi Ohno telah mempelopori JIT dan kanban agar dapat membantu production menghasilkan kereta pada masa yang telah ditetapkan. Begitu juga perlaksanaan LM juga boleh dilaksanakan oleh pengusaha kilang SME dengan memoptimumkan kan modal, pekerja, peralatan yang ada untuk memenuhi kehendak -pelanggan.